Pengantin menari romantis, tidak sedar gaun terbakar
JAKARTA – Seorang pengantin perempuan yang sedang menari romantis bersama si suami dalam majlis persandingan mereka tidak menyedari bahawa gaun yang dipakainya terbakar, lapor laman berita Suara.com semalam.
Video kejadian itu yang dikongsikan menerusi akaun TikTok milik @ginnnnael menunjukkan sepasang pengantin sedang menari di atas pelamin.
Namun, gaun pengantin yang kembang itu kemudian dilihat terkena percikan api daripada bunga api yang diletakkan dalam dewan tersebut.
Pengantin itu bagaimanapun masih belum menyedari gaunnya sudah disambar api dan terus melambai ke arah para tetamu.
Mujur, seorang kru perancang perkahwinan melihat kejadian itu dan terus menghampiri kedua mempelai untuk memadamkan api.
“Detik-detik gaun terbakar,” demikian kenyataan yang dimuat naik bersama video tersebut.
Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya berkongsi pendapat menerusi ruangan komen.
“Saya berpendapat yang sepatutnya dipersalahkan adalah juruhias majlis kerana kedudukan api yang terlalu dekat telah menyebabkan gaun itu terbakar,” komen seorang netizen.
“Pakaian sedemikian lebih sesuai dipakai di kawasan terbuka dan luas,” komen netizen lain. – AGENSI
Pengantin menari romantis, tidak sedar gaun terbakar
Baca Artikel Menarik:
- Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
- Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih
- Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember
- Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik
- Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia
- Siang bawa mayat, malam angkut sampah
- Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit
- Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan
- Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan
- Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun
- Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer
Layari Laman Facebook MYKMU.NET