Individu dakwa kes buli belum tampilkan diri – Hishammuddin

Sebaran :

Individu dakwa kes buli belum tampilkan diri – Hishammuddin

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, individu yang mendakwa seorang anggota tentera dipukul di dalam sebuah kem tentera masih belum tampil mendedahkan dirinya.

Namun jelas beliau, tindakan segera telah diambil apabila mengarahkan timbalannya untuk menjalankan siasatan lanjut.

Tegas beliau, pihaknya tidak pernah berkompromi dengan isu buli dan ia dibuktikan ketika beliau memegang jawatan Menteri Pelajaran sehingga ada pesalah yang telah dihukum.



“Namun jika dakwaan itu tidak berasas kita tidak boleh mendakwa mereka yang tidak berdosa malah kita tidak boleh menghakimi hanya berdasarkan dakwaan di media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan Asia (NATSEC) 2022 di sini hari ini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Semalam, Hishammuddin memohon individu di sebalik ciapan yang mendakwa seorang anggota tentera dipukul di dalam sebuah kem supaya menghubunginya segera.



“Mohon individu di sebalik mesej ini untuk DM butiran lebih terperinci terus kepada saya/hubungi pejabat saya segera,” katanya dalam ciapan di laman Twitter miliknya.

Beliau memberi jaminan kepada indvidu berkenaan supaya tidak risau kerana identitinya akan dirahsiakan.

Selain itu, Hishammuddin juga telah mengarahkan timbalannya Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz supaya meneliti perkara tersebut secara peribadi.

“Jika sahih, tindakan tegas akan diambil,” katanya.



Kenyataan Hishammuddin itu merujuk kepada ciapan pemilik akaun Pedoqpop yang mendedahkan pengakuan individu mendakwa abang kepada seorang anggota tentera di kem bujang sering dipukul oleh senior selain duit gajinya habis digunakan untuk membeli barang-barang keperluan 12 hingga 14 anggota yang lain.

Ciapan tersebut juga menyebut abang individu berkenaan telah menghubungi balai polis namun dinasihatkan supaya membuat aduan di kem terlebih dahulu dan beliau turut melahirkan kebimbangan tragedi yang menimpa Allahyarham Zulfarhan berulang. MG

Individu dakwa kes buli belum tampilkan diri – Hishammuddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *