Omicron mula serang Amerika
NEW YORK: Lima lagi kes positif COVID-19 varian Omicron dilaporkan di New York, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, beberapa jam selepas kes yang sama dikesan di Minnesota dan Colorado.
Gabenor New York Kathy Hochul ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media lewat Khamis, berkata pegawai masih mengumpulkan butiran mengenai kes itu.
“Tidak perlu cemas … kami tidak mempunyai maklumat lanjut buat masa ini, tetapi kami syaki akan lebih banyak kes lagi selepas ini,” katanya.
Kes jangkitan Omicron yang pertama di AS dilaporkan di California pada Rabu membabitkan individu yang baru pulang dari Afrika Selatan.
Berikutan itu, pentadbiran Presiden Joe Biden pada Khamis mengumumkan beberapa langkah baharu untuk memerangi virus itu.
— BERNAMA
Omicron mula serang Amerika
Baca Artikel Menarik:
- Tempat Viral Tengok Kapal Terbang Ditutup
- Lelaki beli Lamborghini, Rolex guna dana bantuan Covid-19
- Nadia Brian tak tolak kalau dah jodoh
- JDT kalah bagus sebagai wake up call – TMJ
- Dakwa adik dipukul di kem, hubungi saya segera – Hishammuddin
- 445 pelajar berhenti sekolah untuk kahwin
- 7 Beautiful Gems In Malaysia You Confirm Wanna Bookmark For Your Next Trip
- Air banjir jernih seperti kolam (Video)
- Suami cekup isteri bersekedudukan bersama lelaki lain
- Pantun sindir JDT Sanusi curi tumpuan
- Mengapa Manusia Selepas Adam Diciptakan Dari Air Mani Dan Bukan Tanah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.