Diarah keluar rumah sewa, keluarga tukang urut terpaksa diami rumah daif

Diarah keluar rumah sewa, keluarga tukang urut terpaksa diami rumah daif

GUA MUSANG: Kemiskinan menyebabkan seorang tukang urut bersama suami dan seorang anak lelakinya menumpang di rumah yang daif milik rakannya di Felcra Panggong Lalat di Gua Musang, Kelantan sejak tiga bulan lalu.

Siti Noriha Jaafar, 53, bersama suaminya, Jamil Saad, 44, dan anak mereka, Muhammad Jaris Najmi, 10, mendiami rumah yang didirikan di atas tanah kebun getah di pinggir jalan Gua Musang menghala ke Kuala Betis.

Menurut Siti Noriha, sebelum ini mereka tinggal menyewa di sebuah rumah di kawasan Felcra itu sejak tujuh tahun lalu sebelum keluarganya diminta mengosongkan rumah berkenaan.

Katanya, keadaan rumah yang didiami mereka kali ini daif kerana ruangan sempit serta tidak mempunyai bilik tidur dan bilik air yang sempurna.

“Keadaan dalam rumah ini kalau hujan selalu bocor. Kadang-kadang susahlah kita nak duduk rumah sempit. Bilik tiada. Keadaan dapur sama juga.

“Memanglah kehidupan kita macam ini. Orang lain susah juga tapi kita macam pelarian. Duduk dalam Felcra pun sama juga. Duduk di rumah orang, tanah orang.” kata Siti kepada Astro AWANI.

Bagi Muhammad Jaris pula, dia hanya dapat belajar di atas lantai kerana tidak mempunyai meja.

“Tidak selesa kerana saya tidak ada meja belajar dan saya belajar di atas selimut toto,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri berkata, dia bersimpati dengan keadaan keluarga berkenaan yang hidup dalam serba kekurangan.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim telah mengambil maklum masalah keluarga berkenaan dan akan memberi bantuan sewajarnya tidak lama lagi.

“Kita ambil tanggungjawab mahu bantu keluarga ini untuk memberi sedikit keselesaan. Kita telah memaklumkan perkara ini kepada YB ADUN dan YB telah memberi respon dengan segara dan mungkin dalam masa terdekat pihak ADUN akan ke sini untuk memberi bantuan.

“Pihak PIBG akan turut bersama kita dalam perancangan untuk mengadakan gotong-royong untuk membantu terutamanya untuk membina tandas sementara untuk keluarga ini,” katanya.-AA

Diarah keluar rumah sewa, keluarga tukang urut terpaksa diami rumah daif

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker