Ciptaan Allah Yang Mampu Menciptakan, Menghidupkan Dan Menghancurkan Segala Makhluk
Ciptaan Allah Yang Mampu Menciptakan, Menghidupkan Dan Menghancurkan Segala Makhluk
Air bukan sahaja mampu menghidupkan makhluk, tetapi sebenarnya bumi ini turut boleh dimatikan dengan air oleh Allah. Lihat sahaja alam ini, bagaimana sekiranya kemarau melanda, pasti akan kering kontang bumi dan mati seluruh kehidupan yang ada di bumi.
Justeru, bagi menghidupkannya kembali, Allah akan menurunkan hujan ibarat memberi nyawa kepada seluruh benda hidup yang ada di bumi. Ini kerana air sangat penting kepada seluruh hidupan bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Dalam surah al-Baqarah: 64 Allah Taala ada berfirman:
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan pada kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari pelbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dan bumi; sesungguhnya (pada semua itu) ada tanda- tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
Ayat di atas jelas menunjukkan bagaimana air hujan bertugas dan beroperasi bagi menghidupkan tanaman yang telah mati. Setiap kejadian yang Allah persembahkan untuk hambaNya pasti akan ada hikmahnya meskipun ada lagi golongan yang tidak mahu mengakui kekuasaanNya.
Walau bagaimanapun, bukan sahaja menghidupkan yang mati, tetapi melalui air juga Allah boleh mematikan bumi ini. Keperluan air bukan sahaja untuk manusia, tetapi juga untuk hidupan lain serta tanah juga memerlukan air untuk terus subur.
Apabila turunnya hujan, mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak menyukainya kerana dirasakan menyusahkan, namun sedarlah kita agar sentiasa bersyukur dengan turunnya hujan kerana padanya ada rahmat Allah. Mungkin pada ketika itu ada makhluk lain yang lebih memerlukan air untuk meneruskan kehidupan berbanding kita.
Firman Allah menerusi surah Al-A’raf: 57 jelas menunjukkan hujan itu sebagai pembawa berita gembira kepada seluruh kehidupan yang memerlukan. Maksud firmanNya
“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatNya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung. Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awam itu, kemudian kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan.
Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).
Perkara yang sama diingatkan Allah dalam firmanNya yang bermaksud “Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu ia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; Sesungguhnya pada yang demikian terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan dan memahaminya”). (Al-Nahl:65)
Walau bagaimanapun, dengan limpahan air juga bisa mematikan seluruh makhluk. Lihat sahaja bagaimana bencana banjir yang berlaku di zaman nabi Nuh a.s. Bagaimana Allah datangkan limpahan air dari bumbung langit yang jatuh ke bumi selebat-lebatnya. Dan dalam masa yang sama juga Allah keluarkan air dari perut bumi sebanyak-banyaknya sehingga menenggelamkan dua pertiga bumi.
Inilah asbab mengapa air dianggap sebagai salah satu dari ciptaan Allah yang Maha Hebat. Ia bukan sahaja menciptakan segala makhluk di bumi malah ia turut memberi hidupan pada makhluk. Dan dalam masa yang sama ia juga boleh menghancurkan seluruh makhluk waima bumi sekalipun. Wallahu a’lam Utv
Ciptaan Allah Yang Mampu Menciptakan, Menghidupkan Dan Menghancurkan Segala Makhluk
Baca Artikel Menarik :
- Tempat Viral Tengok Kapal Terbang Ditutup
- Lelaki beli Lamborghini, Rolex guna dana bantuan Covid-19
- Nadia Brian tak tolak kalau dah jodoh
- JDT kalah bagus sebagai wake up call – TMJ
- Dakwa adik dipukul di kem, hubungi saya segera – Hishammuddin
- 445 pelajar berhenti sekolah untuk kahwin
- 7 Beautiful Gems In Malaysia You Confirm Wanna Bookmark For Your Next Trip
- Air banjir jernih seperti kolam (Video)
- Suami cekup isteri bersekedudukan bersama lelaki lain
- Pantun sindir JDT Sanusi curi tumpuan
- Mengapa Manusia Selepas Adam Diciptakan Dari Air Mani Dan Bukan Tanah
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah
You must be logged in to post a comment.