Faizal Tahir dedah pernah ‘hanyut’ sebagai ‘rock star’

Faizal Tahir dedah pernah ‘hanyut’ sebagai ‘rock star’

TEMPOH 17 tahun bukan satu waktu yang singkat dan sepanjang melewati usia tersebut, Faizal Tahir mengaku telah melalui banyak fasa yang membentuk dirinya menjadi lebih baik hari ini.

Menurut komposer dan penyanyi yang baru menjayakan konsert sulungnya Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur, namun dia menghargai dan mengambil pelajaran dalam setiap sepak terajang yang pernah dilaluinya.

Ini termasuklah saat mengenang bagaimana dirinya yang masuk ke belantika muzik tempatan sejak usia 28 tahun menerusi program realiti One In A Million.

Akuinya pada usia yang disifatkan masih muda dan menjadi terkenal, dia juga pernah ‘hanyut’ dengan dunia glamor ini.

“Sepanjang 17 tahun, saya harus melalui sangat banyak liku-liku dan proses pembelajaran untuk sampai ke sini.

“Saya harus akui dulu saya banyak peminat. Saya juga harus akui ada masa kita hanyut rasa macam diri ini rock star sangat.

“Saya pun banyak buat kesilapan, pernah kena banned,” dedahnya sewaktu ditemui media usai konsertnya baru-baru ini.

Namun seiring usia bertambah dan telah belajar serta melalui liku dan proses pembelajaran yang panjang.

Faizal mengatakan dirinya perlu lebih santai dalam menjalani karier dan kehidupannya.

“Saya perlu ada rasa humble kerana saya di sini sebab sokongan dan kritikan yang diberikan, jika tidak, saya tidak akan ada di sini.

Pada masa sama saya juga ada support system yang dahsyat dan saya ambil kekuatan dari semua yang mendukung saya,” kata Faizal lagi.

Faizal yang sebelum ini agak ‘kental’ dengan imej rock bersama lagu-lagu bernotasi tinggi juga mengatakan karya seperti Mahakarya Cinta sudah kurang sesuai untuk didendangkan olehnya.

Selebriti berusia 44 tahun ini mengaku lebih selesa menghasilkan karya dan mendendangkan lagu bersifat santai seperti OK, Ragaman dan Santai yang telah menukar ‘jalur’ dan perspektif penyanyi lelaki ‘kental’ yang pernah melekat dengannya.

“Untuk menghasilkan dan menyanyikan lagu-lagu cinta atau bernada tinggi pada masa akan datang, mungkin tidak.

“Dengan faktor usia dan lebih mementing keluarga terutama anak-anak, saya kini senang menghasilkan karya yang santai buat saya. Keluarga adalah keutamaan saya dan penting untuk saya membuat mereka selesa atau bahagia dengan karya saya juga.

“Tapi mungkin ada akan lebih ‘berkarya’ jika menghasilkan lagu untuk penyanyi lain,” katanya lagi. Gempak

Faizal Tahir dedah pernah ‘hanyut’ sebagai ‘rock star’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling

Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil

Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian

Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker