Tiada keperluan jenamakan semula Sabah, Sarawak sebagai ‘tanah besar Malaysia’

Tiada keperluan jenamakan semula Sabah, Sarawak sebagai ‘tanah besar Malaysia’

Tiada keperluan bagi Sabah dan Sarawak dijenamakan semula sebagai “tanah besar Malaysia” kerana ia tidak menambah apa-apa bagi kedua-dua negeri Borneo itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Hanifah Hajar Taib.

Menjawab soalan Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran), Hanifah memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa beliau mengambil maklum cadangan Ahli Parlimen pembangkang itu dan Putrajaya akan mempertimbangkannya jika ada keperluan.

“Bagaimanapun penjenamaan (semula) itu tidak membawa apa-apa makna istimewa. Ia hanya sebagai rujukan mudah dan tidak menambah mahupun menolak sebarang keistimewaan bagi kedua-kedua negeri itu,” katanya.

Tangau bertanya sama ada Putrajaya akan mengkaji penjenamaan semula Sabah dan Sarawak sebagai “tanah besar Malaysia”, memandangkan ia merangkumi 60% keluasan negara.

Hanifah berkata, istilah “tanah besar Malaysia” tidak pernah digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana undang-undang sedia, dengan “Malaysia Timur” dan “Semenanjung Malaysia” adalah istilah utama yang digunakan.

“Takrifan sedemikian tidak merujuk kepada keluasan kawasan negeri-negeri di Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia, mahupun perbezaan dari segi kedudukan sebagai wilayah.

“Kerajaan berpandangan istilah sedia ada sudah memadai,” tambahnya. FMT

Tiada keperluan jenamakan semula Sabah, Sarawak sebagai ‘tanah besar Malaysia’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker