Seekor ayam hanya sebesar tapak tangan

Sebaran :

Seekor ayam hanya sebesar tapak tangan

GEORGE TOWN – Belum selesai isu kenaikan harga bekalan ayam di pasaran dan penyeludupan haiwan hidup itu dari Thailand, kini timbul pula isu penjualan ayam segar belum cukup matang dengan anggaran berat maksimum hanya 700 gram.

Sebahagian peniaga di pasar awam daerah Barat Daya dan Timur Laut, di sini mula meru­ngut tentang saiz ayam segar pa­ling minima yang diperoleh daripada pihak pemborong.

Difahamkan, ada dalam kalangan peniaga bertindak mengembalikan semula stok ayam segar itu kepada pemborong dengan alasan tidak sanggup menanggung kerugian besar.



Dalam tinjauan Kosmo! semalam mendapati, saiz ayam tersebut hanya separuh daripada ayam matang iaitu seberat kira-kira 700 gram atau sebesar tapak tangan lelaki dewasa.

Seorang peniaga ayam segar di pasar awam daerah Barat Daya yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, dia sanggup menutup operasi perniagaan sekiranya masih menerima bekalan ayam yang belum cukup matang.

Dakwanya, jisim berat ayam kini lebih ringan, manakala saiz­nya terlalu kecil berbanding yang dipasarkan sebelum ini.

“Sudahlah berdepan dengan banyak kenaikan harga bekalan mentah terutama plastik, inikan pula terpaksa jual ayam de­ngan anggaran harga serendah RM6.65 dengan berat 700 gram. Kami juga perlu melunaskan kos sewa tapak, gaji harian pekerja dan bil elektrik serta air.



“Saya beritahu pembekal, kami sanggup tutup kedai jika perkara ini masih berterusan. Saya nekad serah semula ayam segar itu kepada mereka.

“Mereka memberi alasan yang penternak terpaksa menjual ayam yang tak cukup umur atau belum membesar dengan saiz yang sepatutnya di ladang kerana mendapat permintaan yang terlalu tinggi dalam kala­ngan peniaga terutama peniaga makanan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ketika ini, ayam segar dipasarkan antara harga RM9.60 hingga RM9.80 sekilogram di pasar awam dan kedai runcit di sekitar negeri ini.

Katanya, bekalan ayam bersaiz kecil atau yang tidak cukup matang kini dikatakan hanya dihantar pembekal dan dipasarkan di pasar raya pada harga serendah RM8 seekor.



Sementara itu, seorang pengguna dan pelanggan, Muhammad Syafiq Ahmad, 46, pula membe­ritahu, dia terkejut apabila mendapati saiz bagi seketul paha ayam goreng yang dihidangkan di sebuah restoran makanan di ne­geri ini didapati semakin kecil berbanding biasa.

“Sebelum ini, seketul paha ayam goreng itu boleh dilihat dengan saiz yang hampir memenuhi tapak tangan. Harga hidangan lauk itu juga sama se­perti saiz sebelum ini,” jelasnya. K Online

Seekor ayam hanya sebesar tapak tangan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *