PRN Sarawak: Masuk waktu kecederaan, sedia untuk rembat gol

PRN Sarawak: Masuk waktu kecederaan, sedia untuk rembat gol

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12), dengan syarat semua jentera tidak hilang fokus menjelang hari pengundian 18 Disember ini.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata semua ahli parti komponen harus memikul tanggungjawab sepenuhnya bersama barisan pemimpin untuk memastikan hasrat itu tercapai.



Menyifatkan situasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kini ibarat perlawanan bola sepak yang memasuki waktu kecederaan, Ketua Menteri Sarawak itu berkata, semua ahli harus bergerak seiring bagi menepis tentangan parti lawan.

“Kita (DUN Sarawak) sekarang sudah berada dalam masa kecederaan (selepas tempoh DUN tamat Jun lalu) dan hanya menunggu masa untuk penentuan ‘sepakan penalti’ pada 18 Disember nanti.

“Untuk itu, kita harus bergerak dalam satu nada, satu irama dan satu lagu iaitu lagu GPS untuk menghadapi saat terpenting itu dan saya yakin dengan satu semangat, kita boleh sapu semua 82 kerusi DUN Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, malam ini.



Turut hadir, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian; Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing dan pemangku Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum.

Abang Johari berkata, semangat setiakawan GPS turut dipamerkan beberapa penyandang kerusi yang mengambil keputusan berundur dan memberi laluan kepada muka baharu yang lebih muda dan bertenaga.

“Beberapa penyandang sudah mengesahkan untuk berundur seperti Datuk Amar Micheal Manyin (Tebedu), Datuk Seri Mohd Ali Mahmud (Stakan) dan Datuk Abdul Wahab Aziz (Kalaka).

“Semangat seperti inilah yang kita mahu kerana mereka memberi laluan kepada muka baharu dengan penuh semangat satu GPS,” katanya. BH



PRN Sarawak: Masuk waktu kecederaan, sedia untuk rembat gol


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)



Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker