Jenazah Rozzana selamat dikebumikan di Korea Selatan

Jenazah Rozzana selamat dikebumikan di Korea Selatan

Jenazah rakyat Malaysia, Rozzana Mat Nanyan selamat dikebumikan di Jindalrae Memorial Park, Korea Selatan kira-kira jam 3 petang (waktu Korea Selatan), hari ini.

Kakak tirinya, Nur Diana Abdul Rahim Lee, 46, bersama usahawan pakaian dan kasut Muhammad Nor Khuzaifah Zohari, 32, atau mesra disapa Jai antara yang mengiringi jenazah Rozzana, 35, ke tanah perkuburan.

Terdahulu, jenazah dimandi dan disembahyangkan di Masjid Itaewon kira-kira jam 10.30 pagi.

Menerusi hantaran di Facebook (Fb), Nur Diana menzahirkan rasa syukur kerana urusan pengebumian adiknya berjalan lancar.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah selesai sudah tanggungjawab kakak pada awak. Terima kasih pada semua yang membantu daripada awal hingga akhir.

“Kakak tak sebut satu persatu, semoga Allah sahaja yang membalasnya. Sebelum balik Malaysia kakak jumpa awak (melawat kubur Rozzana),” tulisnya.

Rozzana yang koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Myongji, Korea Selatan meninggal dunia pada 9.46 pagi kelmarin (waktu Malaysia).

Berita pemergian Rozzana disahkan Nur Diana menerusi hantaran di FB.

Pada 10 Oktober lalu, Harian Metro melaporkan kebimbangan Nur Diana mengenai keadaan Rozzana selepas adiknya itu dimasukkan ke Hospital Myongji akibat serangan asma.

Rozzana yang bekerja di kilang pembuatan buku dan kalendar di Incheon tidak sedarkan diri sejak 2 Oktober iaitu hari pertama dimasukkan ke hospital kerana ditidurkan bagi mengelak diserang sawan.

Susulan laporan itu, Kedutaan Malaysia di Seoul memaklumkan akan berusaha menyampaikan bantuan konsular kepada Rozzana, manakala Nur Diana berlepas ke negara berkenaan pada 21 Oktober lalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang untuk mengurus Rozzana.

Dia bagaimanapun tidak bertemu terus dengan adiknya kerana dikehendaki menjalani kuarantin selama 10 hari terlebih dahulu di sebuah hotel dekat Seoul.

Turut dilapor rayuan bantuan oleh Nur Diana kepada rakyat Malaysia termasuk Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk membantunya sekeluarga membawa pulang Rozzana.

Rayuan itu mendapat perhatian Jai yang mengadakan jualan amal di FB pada 13 November lalu dan turut disertai 30 peniaga pakaian dan kasut terpakai yang menetap di Korea Selatan.

Hasil jualan amal dan sumbangan pengikut usahawan itu mengumpul hampir RM130,000. HM

Jenazah Rozzana selamat dikebumikan di Korea Selatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Guna Android Box Tonton Siaran Swasta Tapi Tak Bayar, Ini Respon Mufti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker