Pakar Dedah Kesan Jika Tidur Lebih 9 jam Dan Tidur Terlalu Lama Boleh Bawa Maut?

Pakar Dedah Kesan Jika Tidur Lebih 9 jam Dan Tidur Terlalu Lama Boleh Bawa Maut?

ORANG dewasa yang tidur sembilan jam atau lebih pada waktu malam dan tidur lama pada waktu siang adalah 85 peratus lebih berkemungkinan diserang strok berbanding orang yang tidur dalam tempoh normal mahupun sederhana, demikian menurut satu kajian.

Penyelidik, termasuk mereka dari Universiti Sains dan Teknologi Huazhong di China telah menjalankan kaji selidik melibatkan 31,750 orang di China dengan purata umur 62 tahun untuk tempoh enam tahun.



tidur 2

Bagi individu yang menderita hipersomnia, tidur secara berlebihan ini adalah melibatkan masalah kesihatan.

Kaji selidik itu menggariskan soalan tentang tabiat tidur peserta termasuk pada waktu siang, dan kualiti rehat mereka.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neurology, menyatakan lapan peratus individu akan tidur tengah hari selama lebih daripada 90 minit, dan 24 peratus peserta mengatakan mereka tidur sembilan jam atau lebih setiap malam.



Hasil kajian mendedahkan bahawa orang yang tidur sembilan jam atau lebih setiap malam adalah 23 peratus lebih berkemungkinan untuk diserang angin ahmar, berbanding orang yang tidur kurang lapan jam setiap malam.

Menurut penyelidik, orang yang tidur kurang daripada tujuh jam setiap malam, atau antara lapan dan kurang sembilan jam setiap malam, tidak lebih berkemungkinan mendapat strok berbanding mereka yang tidur dari tujuh hingga kurang lapan jam setiap malam.

napping 1

Terdapat juga individu tidur dalam tempoh lebih lama hanya kerana mereka memang mahu melakukannya.



Kajian itu turut mendapati faktor lain yang boleh menjejaskan risiko strok seperti tekanan darah tinggi, diabetes, dan merokok.

Penyelidikan juga mendedahkan orang yang mempunyai kualiti tidur yang kurang baik adalah 29 peratus lebih berkemungkinan untuk diserang strok berbanding orang yang mengatakan mereka mempunyai tidur yang lena.

“Keputusan ini membuktikan kepentingan tidur siang yang sederhana dan tempoh tidur serta mengekalkan kualiti tidur yang baik, terutamanya pada orang dewasa pertengahan umur dan lebih tua,” kata pengarang bersama kajian Xiaomin Zhang dari Universiti Sains dan Teknologi Huazhong.

Napping-Tips



Antara sebab lain tidur berlebihan termasuklah penggunaan seperti alkohol dan beberapa ubat preskripsi.

Zhang menekankan bahawa kajian itu tidak membuktikan hubungan antara tidur siang yang lama, tidur dan strok, tetapi hanya menunjukkan kaitannya.

Malahan, para penyelidik juga mengakui kajian itu datang dengan beberapa batasan juga.

Antaranya ialah maklumat tentang tidur dan tidur siang diambil daripada soal selidik, bukan daripada rakaman tidur sebenar.



Kajian itu juga menyatakan bahawa data mengenai gangguan tidur seperti berdengkur ketika tidur tidak dikumpul.

Kajian itu melibatkan individu dewasa Cina yang lebih tua dan sihat, jadi hasilnya mungkin tidak terpakai kepada kumpulan lain, kata para penyelidik.

Pakar Dedah Kesan Jika Tidur Lebih 9 jam Dan Tidur Terlalu Lama Boleh Bawa Maut?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA

Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker