PRN Sarawak: DAP dan PKR bertindih di tiga kerusi
PRN Sarawak: DAP dan PKR bertindih di tiga kerusi
DAP dan PKR berdepan masalah pertindihan di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menjelang pilihan raya negeri itu.
Sinchew Daily melaporkan, kedua-dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu mahu bertarung di Piasau dan Senadin di Miri serta Kemena di Bintulu.
Walaupun PKR Sarawak pada awal tahun dilaporkan mencapai persepakatan dengan DAP iaitu PKR bertanding di 47 kerusi, tetapi Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen baru-baru ini mendedahkan PKR kini mengintai 50 kerusi.
Usaha PKR untuk bertanding di tambahan tiga kerusi sudah lama dihidu termasuk melakukan temuduga untuk calon berpotensi bagi kerusi yang sepatutnya ditandingi DAP.
Seorang pemimpin PKR malahan memberitahu bahawa PKR sedia bertembung dengan DAP di tiga kerusi rebutan sekiranya Chieng Jen mahu meneruskan hasil rundingan awal tahun.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan PKR Sarawak, Abun Sui Anyit dilaporkan aktif memuat naik aktivitinya di Piasau, walaupun kerusi itu sepatutnya ditandingi DAP dalam rundingan sebelum ini.
Sementara itu, Jame Stephen pula dilaporkan menghadiri temuduga untuk menjadi calon PKR di Kemena. MG
PRN Sarawak: DAP dan PKR bertindih di tiga kerusi
Baca Artikel Menarik :
- Roti Gardenia naik 10 hingga 45 sen
- 5 ditahan gaduh tepi jalan guna payung, gergaji
- Guru kecewa, murid jawab ‘lek lah cikgu’
- Fesyen Che Ta macam fesyen masuk tanah – Netizen
- Katak : Chong jangan lupa ayahnya pun pernah lompat – Wong
- DAP mahu status Bumiputera? Bersedia gugur sekolah vernakular?
- Jagung kukus Tok Wan buat ramai terliur
- Pemain JDT dilatih bersikap sombong – Sanusi
- Polis tumpas sindiket penipuan pakej ubah suai rumah
- Gadis cantik penjual kambing bergelar pelajar universiti
- Tiada kerjasama UMNO-BERSATU – Rauf
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.