Galak pendekatan EBP sasar 9 ekonomi terbaik dunia – Ismail

Galak pendekatan EBP sasar 9 ekonomi terbaik dunia – Ismail

PENDEKATAN dasar dan peraturan berasaskan bukti (EBP) perlu digalakkan dalam usaha mencapai sasaran antara sembilan ekonomi terbaik dunia untuk sub-indeks Kecekapan Kerajaan.

Itu merupakan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi meletakkan negara sebaris dengan ekonomi terbaik dunia yang lain dalam Laporan World Competitiveness Yearbook (WCY) menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menurut Perdana Menteri, WCY menetapkan peraturan perniagaan sebagai salah satu petunjuk penting untuk pencapaian kecekapan kerajaan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, indikator peraturan perniagaan di Malaysia telah menunjukkan kemerosotan yang ketara dalam tempoh 10 tahun lepas.

“Malaysia telah menurun daripada kedudukan ke-19 pada tahun 2010 kepada kedudukan ke-47 tahun ini. Ini gesaan kuat untuk membawa reformasi pengawalseliaan. Kita mesti lakukan sesuatu.

“Dalam mencapai sasaran ini, pendekatan dasar dan peraturan berasaskan bukti (EBP) perlu digalakkan.

“EBP akan diterapkan dalam mekanisme perancangan, penilaian dan pemantauan supaya dapat menjamin pembaharuan struktural yang menyeluruh bagi kelestarian pertumbuhan produktiviti dan ekonomi,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Unit #MyMudah permudah persekitaran perniagaan – PM

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Kebangsaan Amalan Baik Peraturan (GRP) secara maya hari ini.

Persidangan itu merupakan acara kemuncak bagi Bulan GRP yang telah bermula pada 25 Oktober hingga hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, pendekatan ‘Keseluruhan Kerajaan’ atau Whole of Government Approach yang menitikberatkan kerjasama rapat dan bersepadu semua kementerian, agensi dan jabatan menjadi asas pelaksanaan GRP.

Bukan itu sahaja, beliau berkata, penglibatan pihak swasta, industri dan komuniti perniagaan dalam GRP juga akan dipertingkatkan.

“Ingin saya tekankan di sini bahawa prinsip, elemen dan proses dalam kaedah GRP mesti diterima pakai semua kementerian dan agensi pengawal selia dalam penggubalan serta semakan dasar dan peraturan.

“Elemen-elemen GRP antaranya Analisis Impak Peraturan, Analisis Kos Faedah dan Penilaian Notifikasi Peraturan mesti dilaksanakan dengan teliti.

“Data dan maklumat yang terangkum harus membuktikan bahawa tindakan peraturan benar-benar membawa kepada kesejahteraan rakyat.

“Dengan penguatkuasaan Dasar Negara bagi Amalan Baik Peraturan (NPGRP) bermula 22 Jun lalu, Ketua Setiausaha Negara akan bekerjasama dengan semua Ketua Setiausaha kementerian dan Ketua Pengarah agensi serta jabatan kerajaan dalam memastikan pelaksanaan NPGRP yang menyeluruh,” jelas beliau. Utv

Galak pendekatan EBP sasar 9 ekonomi terbaik dunia – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA

Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker