PM terima kad laporan 100 hari menteri

PM terima kad laporan 100 hari menteri

Semua Menteri Kabinet hari ini mengemukakan pencapaian kementerian yang diterajui mereka dalam tempoh 100 hari, sempena Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pada sesi Hari Kad Laporan yang diadakan di bangunan Parlimen di sini, beliau dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali menerima kad laporan daripada seluruh kementerian.



“Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada semua di atas kerjasama yang diberikan.

“Seperti yang sering saya tekankan sebelum ini, setiap kementerian mestilah mengekalkan prestasi kerja yang tinggi setiap masa.

“Rakyat sentiasa menilai sama ada sasaran yang diletakkan kepada setiap menteri berjaya dicapai atau pun tidak,” kata Perdana Menteri melalui Facebook, hari ini.

Video sesi pertemuan dan penyerahan kad laporan itu turut dimuat baik di Facebook beliau.



https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=457890805685581&id=100043939969797

Ketika mengumumkan pelantikan anggota Kabinet 27 Ogos lalu, Perdana Menteri menetapkan setiap menteri perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama perkhidmatan. BH

PM terima kad laporan 100 hari menteri


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker