Pesawat Hawk 108/208 dalam proses penggantian

Pesawat Hawk 108/208 dalam proses penggantian

Kerajaan telah memulakan proses penggantian pesawat Hawk 108/208 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan meluluskan perolehan pesawat dwifungsi tempur ringan dan latihan lanjutan (FLIT-LCA) menerusi Rolling Plan 1 tahun 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan telah merancang secara sistematik bagi penggantian pesawat tersebut sepertimana digariskan di dalam Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM (CAP55).

“Kerajaan juga telah memulakan proses penggantian dengan meluluskan perolehan baharu FLIT-LCA melalui Rolling Plan 1 2021.

“Tender Terbuka Antarabangsa bagi perolehan ini telah pun ditutup pada 6 Oktober 2021 dan kini sedang di dalam proses penilaian,” katanya ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) yang memohon kerajaan mempertimbangkan penggantian pesawat Hawk 108/208 secara sistematik dengan segera. K Online

Pesawat Hawk 108/208 dalam proses penggantian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker