Tiada keperluan pindahkan pangkalan TUDM

Tiada keperluan pindahkan pangkalan TUDM

Faktor keselamatan penerbangan di kesemua pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengambil kira kriteria keselamatan termasuk persekitaran landasan, laluan berlepas dan mendarat.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kesemua landasan terbang di pangkalan-pangkalan TUDM juga mengikut standard piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa yang diaudit secara berkala oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan TUDM sendiri.

“Walaupun berada dalam kepadatan penduduk yang tinggi, selagi ia menepati piawaian maka tiada keperluan untuk Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memindahkan atau membuat keputusan drastik kedudukan pangkalan kem-kem TUDM sedia ada.

“Kesemua operasi penerbangan pesawat TUDM juga tertakluk mengikut standard prosedur dan piawaian keselamatan penerbangan yang amat ketat dengan tahap pematuhan yang tinggi sebelum sesuatu misi penerbangan dibenarkan untuk dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Hasanuddin Mohd. Yunus (PH-Hulu Langat) sekiranya kerajaan akan mengkaji semula status lokasi pangkalan-pangkalan TUDM yang kini berada di kawasan berkepadatan penduduk tinggi serta tidak strategik.

Katanya, antara piawaian keselamatan penerbangan yang harus dipatuhi melibatkan aspek latihan, kemahiran dan kompetensi.

“Selain itu, prosedur kejuruteraan yang merangkumi aspek penyelenggaraan dan kelayakan terbang berdasarkan Standard Aviation Authority dalam negara serta mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Original Equipment Manufacturer (OEM).

“Kesemua ini adalah merupakan prosedur operasi standard (SOP) bagi operasi penerbangan pesawat disamping piawaian ketat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi kesemua pengkalan-pengkalan TUDM,” jelasnya.

Tambahnya, pihak Mindef dan ATM akan berusaha untuk menambah baik SOP dan langkah-langkah keselamatan sedia ada demi memastikan keselamatan anggota dapat dipertingkatkan. K Online

Tiada keperluan pindahkan pangkalan TUDM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker