Malaysia perlu ubah indikator peraturan perniagaan, merosot dalam tempoh 10 tahun

Malaysia perlu ubah indikator peraturan perniagaan, merosot dalam tempoh 10 tahun

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, indikator peraturan perniagaan di Malaysia menunjukkan trend kemerosotan ketara dalam tempoh 10 tahun lalu iaitu dari kedudukan ke-19 pada 2010 kepada tangga ke-47 tahun ini.

Perdana Menteri berkata, situasi itu menunjukkan negara perlu melakukan sesuatu dan perubahan kepada kawal selia atau peraturan perlu dilaksanakan.



Dalam mencapai sasaran itu, beliau berkata, pendekatan dasar dan peraturan berasaskan bukti atau Evidence-Based Policy (EBP) perlu digalakkan.

“EBP akan diterapkan dalam mekanisme perancangan, penilaian dan pemantauan supaya dapat menjamin pembaharuan struktural yang menyeluruh bagi kelestarian pertumbuhan produktiviti dan ekonomi.

“Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melalui mandat Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) menerima pakai pendekatan EBP dalam memenuhi keperluan perniagaan ekonomi digital melalui Regulatory Experimentations (RE) yang mana inisiatif ini menyasarkan penubuhan 5,000 syarikat start-up menjelang 2025,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Kebangsaan Amalan Baik Peraturan (GRP), secara dalam talian hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pendekatan ‘Keseluruhan Kerajaan’ yang menitikberatkan kerjasama rapat dan bersepadu semua kementerian, agensi dan jabatan menjadi asas pelaksanaan GRP termasuk meningkatkan penglibatan pihak swasta, industri dan komuniti perniagaan di dalam GRP.



Beliau berkata, prinsip, elemen, dan proses dalam kaedah GRP mesti diterima pakai oleh semua kementerian dan agensi pengawal selia dalam penggubalan dan semakan dasar serta peraturan.

Beliau menjelaskan, elemen-elemen GRP antaranya Analisis Impak Peraturan, Analisis Kos Faedah dan Penilaian Notifikasi Peraturan mesti dilaksanakan dengan teliti, manakala data dan maklumat yang terangkum harus membuktikan bahawa tindakan peraturan benar-benar membawa kepada kesejahteraan rakyat.

“Dengan penguatkuasaan Dasar Negara bagi Amalan Baik Peraturan (NPGRP) bermula 22 Jun lalu, Ketua Setiausaha Negara akan bekerjasama dengan semua Ketua Setiausaha kementerian dan Ketua Pengarah agensi dan jabatan kerajaan dalam memastikan pelaksanaan NPGRP menyeluruh,” katanya. Utusan

Malaysia perlu ubah indikator peraturan perniagaan, merosot dalam tempoh 10 tahun




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker