Lelaki maut dicekik dalam pergaduhan

Lelaki maut dicekik dalam pergaduhan

IPOH: Seorang lelaki maut disyaki dicekik dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah warung pasar pagi di Flat Ashby Road, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata polis menerima panggilan daripada seorang wanita kira-kira jam 9.50 pagi memaklumkan terdapat pergaduhan di pasar itu, sebelum anggota polis ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, saksi kejadian yang disoal siasat memberitahu seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Kenari bertanyakan mengenai mangsa, kira-kira jam 7 pagi.

“Kira-kira jam 9 pagi, mangsa tiba seorang diri dengan berjalan kaki dan duduk di kerusi di bawah khemah berhadapan kedai dan memesan minuman.

“Setengah jam kemudian, seorang lelaki datang bersama bapa saudaranya untuk berjumpa dengan mangsa dan berlaku pertengkaran mulut di antara mereka,” katanya ketika ditemui hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, tidak lama kemudian datang seorang lagi lelaki memegang mangsa dan mencekik lehernya dari belakang, manakala seorang lagi suspek duduk di atas badan mangsa dalam keadaan tertiarap.

“Suspek mencekik mangsa selama hampir 15 minit, sebelum melepaskan mangsa yang selepas itu sudah tidak lagi bergerak,” katanya.

Beliau berkata, susulan kejadian itu polis menahan tiga suspek lelaki berusia 34, 47 dan 60 tahun di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis turut merampas pisau lipat milik mangsa di lokasi kejadian.

“Punca kejadian dikatakan mangsa mencuri pembesar suara mudah alih di warung milik seorang daripada suspek yang ditahan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati mangsa mempunyai tujuh rekod jenayah lalu termasuk berkaitan dadah.

“Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati luka kecil di dahi kanan dan di tangan kiri. Mayat kemudian dihantar Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya. BH

Lelaki maut dicekik dalam pergaduhan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA

Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker