Isteri terlantar, anak pula derita sakit usus
Isteri terlantar, anak pula derita sakit usus
TAMPIN – Seorang lelaki diduga dengan ujian berat apabila perlu menjaga isterinya yang terlantar sakit akibat diserang strok sebelah badan dan sering meracau di rumah keluarganya di Rumah Rakyat Repah di sini sejak dua minggu lalu.
Muhammad Osmam Yahya, 35, berkata, sebelum terlantar sakit, isterinya, Nor Afanisha Mohamad, 39, sudah hampir dua tahun tidak boleh berjalan akibat penyakit kencing manis dan darah tinggi sehingga menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.
Penjual char kuetiau di pasar malam itu berkata, dia kini sudah setahun lebih tidak dapat berniaga kerana menjaga isterinya yang sakit selain disebabkan Covid-19.
“Macam-macam yang saya rasa, apabila isteri meracau dan mula cakap nak jumpa ahli keluarga yang sudah meninggal dunia, hati saya sebak,” katanya ketika ditemui selepas menerima katil sumbangan Ahli Parlimen Tampin di Rumah Rakyat Repah di sini baru-baru ini.
Hadir sama ketika penyerahan katil itu ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Zaharudin Johan.
Muhammad Osmam memberitahu, dia bersyukur apabila ahli keluarga isterinya datang membantu termasuk menyalin lampin pakai buang memandangkan badan isterinya agak besar serta memerlukan kudrat lebih daripada dua orang untuk menguruskannya.
“Afanisha juga kini hanya bergantung kepada susu khas yang diberikan setiap tiga jam sekali melalui tiub yang dipasang sejak dua minggu lalu,” ujarnya.
Menurutnya, dia terpaksa menggunakan duit simpanannya bagi memenuhi keperluan keluarga dan turut mengambil upah membina rumah jika diperlukan selain bantuan pelbagai pihak serta ahli keluarga.
Disebabkan isterinya sakit serta pandemik Covid-19, Muhammad Osmam masih gagal untuk menguruskan pembedahan anak tunggal mereka, Muhammad Shaziman yang berusia lapan tahun yang juga orang kelainan upaya (OKU) fizikal.
“Usus anak saya berada di luar badan sehingga dia terpaksa memakai bengkung. Sepatutnya anak saya sudah melalui pembedahan menyediakan ruang usus dan menarik usus masuk ke dalam perut dan punggung di Hospital Kuala Lumpur.
“Kos ini biasanya ditanggung kerajaan, namun saya masih belum berpeluang untuk menguruskan anak saya itu,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam 0502-1020-2586-05 dengan nama Nor Afanisha Mohamad. K Online
Isteri terlantar, anak pula derita sakit usus
Baca Artikel Menarik :
- Najib sindir Mahathir isu tanah Langkawi
- Zuraida kunci mulut mengenai Parti Bangsa Malaysia
- Warga asing dari pekerja jadi tauke padi, beras
- Sah, Tauke Jambu kahwin lain
- Mengapa Zeti, Nor Mohamed tak dipanggil jadi saksi dalam kes SRC?
- Anwar berang dengan rakan sekutu, “jangan angkuh beri pandangan”
- Setahun di balik tirai besi, lelaki sebak disambut rakan saat bebas
- Lebih mudah duduk di blok kerajaan – ADUN Bemban
- Diintai 4 lelaki, bukti Maya Karin masih laku
- Kamu mahu ‘dating’ saya ke? sindir Najib kepada Kit Siang
- Biawak ‘tunjuk’ mayat wanita
Layari Laman Facebook MYKMU
Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh
You must be logged in to post a comment.