Tiada royalti petroleum untuk Kelantan, hanya wang ehsan

Tiada royalti petroleum untuk Kelantan, hanya wang ehsan

Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, beliau berkata, ini kerana kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.



Namun begitu katanya, memandangkan lokasi medan petroleum adalah berdekatan dengan perairan negeri Kelantan, maka kerajaan persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ehsan.

“Ia bagi melaksanakan projek dan program untuk manfaat rakyat di negeri tersebut,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta kerajaan menyatakan status terkini tuntutan bayaran royalti tunai oleh kerajaan negeri Kelantan. FMT

Tiada royalti petroleum untuk Kelantan, hanya wang ehsan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker