PH kalah di Melaka kerana guna skrip sama, kata bekas timbalan menteri

Sebaran :

PH kalah di Melaka kerana guna skrip sama, kata bekas timbalan menteri

Prestasi buruk Pakatan Harapan (PH) di Melaka berpunca daripada kegagalannya menawarkan sesuatu yang baharu kepada pengundi dan kebergantungan berterusannya kepada “skrip yang sama” menentang lawannya, kata seorang bekas timbalan menteri.

Loga Bala Mohan daripada myPPP, bekas komponen Barisan Nasional (BN) berkata, pembangkang harus memainkan peranannya dengan lebih berkesan dalam menunjukkan bagaimana mereka boleh melakukan lebih baik daripada pihak yang memegang kuasa.

“Menjelang PRN Melaka, kita dengar pembangkang, PH dan juga (bekas Perdana Menteri) Dr Mahathir Mohamad menyebut perkara yang sama seperti sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).



“Mereka serang Najib (Razak), BN dan Umno, panggil mereka dengan pelbagai nama. Bagaimanakah ini menunjukkan kepada rakyat yang anda boleh menjadikan hidup mereka lebih baik?” kata Naib Presiden Kanan myPPP itu dalam mengulas mengenai pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.

Minggu lalu, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan di Melaka. PH hanya berjaya menang lima manakala dua Perikatan Nasional (PN). Pada PRU14, PH memenangi negeri itu dengan 15 kerusi.

Loga berkata, PH sepatutnya menggunakan PRN Melaka sebagai peluang untuk menangani kritikan terhadapnya sepanjang 22 bulan memerintah dan menerangkan kepada pengundi apakah yang telah dipelajari daripada pengalamannya dan bagaimana ia akan berbuat lebih baik.

“Tetapi apa yang mereka buat? Selepas mereka kritik kumpulan yang mencetuskan kejatuhan kerajaan PH dalam Langkah Sheraton, gelar orang sebagai ‘pengkhianat’ dan ‘katak’, mereka kemudian terima dua pembelot Umno.”



Beliau juga berkata, pembangkang harus lebih merendah diri dan memuji pesaing secara patut, termasuk Najib.

“Ramai hargai sumbangan dan dasar Najib, seperti projek Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura. Ini banyak ditampilkan dalam PRN Melaka,” katanya.

“Sebelum ini, apabila PH pegang kuasa, mereka tangguh projek itu tetapi baharu sahaja bulan lepas, (bekas Menteri Kewangan) Lim Guan Eng menggesa kerajaan memulihkannya. Jadi rakyat hilang harapan apabila mereka lihat pembangkang mengubah nada.”

Beliau berharap PH akan berusaha menjadi pembangkang yang lebih matang, objektif dan berkesan.



“Mereka berpeluang tunjuk mereka boleh buat lebih baik, bukan sahaja di peringkat persekutuan tetapi juga di Melaka. Jangan hanya menentang (kerajaan) semata-mata.

“Jika apa yang kerajaan buat itu baik, sokonglah. Jika tidak, jelaskan kenapa,” katanya. FMT

PH kalah di Melaka kerana guna skrip sama, kata bekas timbalan menteri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100


Sebaran :

Leave a Reply