Batman Mexico tangkap perompak, lukis wajah seperti Joker

Batman Mexico tangkap perompak, lukis wajah seperti Joker

RIO BRAVO, MEXICO- Penduduk di sekitar bandar Rio Bravo, Mexico gempar dengan kejadian dua orang pencuri yang diikat pada tiang lampu di tepi jalan dengan muka yang dicat seperti penjahat dalam filem Batman, ‘Joker’, lapor portal berita MailOnline semalam.

Seorang lelaki dan wanita dengan muka dicat seperti wajah Joker ditangkap kerana mencuri dompet seorang pejalan kaki pada hujung minggu lalu.

Kedua-dua suspek terpaksa berdiri pada sisi bertentangan sebuah tiang lampu di persimpangan jalan serta diikat dengan pita pelekat di Rio Bravo.

Kedua-dua suspek turut ditulis dengan perkataan ‘saya pencuri’ pada wajah mereka, selain suspek lelaki ditinggalkan dalam keadaan tidak berbaju dan seluarnya dipotong.

Suspek wanita yang dikenali sebagai Luz Magaly sempat membebaskan dirinya serta rakannya sebelum berjaya ditangkap polis.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan pada hujung minggu lalu, muka empat pemuda telah dilukis seperti ‘Joker’ selepas ditangkap cuba merompak pelanggan yang menaiki van pengangkutan awam di bandar itu.

Tangan mereka diikat dengan pita pelekat dan dipaksa berarak tanpa berbaju di sepanjang jalan utama. K Online

Batman Mexico tangkap perompak, lukis wajah seperti Joker


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker