Isteri terlantar, anak pula derita sakit usus

Sebaran :

Isteri terlantar, anak pula derita sakit usus

TAMPIN – Seorang lelaki diduga dengan ujian berat apabila perlu menjaga isterinya yang terlantar sakit akibat diserang strok se­belah badan dan sering meracau di rumah keluarganya di Rumah Rakyat Repah di sini sejak dua minggu lalu.

Muhammad Osmam Yahya, 35, berkata, sebelum terlantar sakit, isterinya, Nor Afanisha Mohamad, 39, sudah hampir dua tahun tidak boleh berjalan akibat penyakit kencing manis dan darah tinggi sehingga menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.

Penjual char kuetiau di pasar malam itu berkata, dia kini sudah setahun lebih tidak dapat berniaga kerana menjaga isterinya yang sakit selain disebabkan Covid-19.



“Macam-macam yang saya rasa, apabila isteri meracau dan mula cakap nak jumpa ahli keluarga yang sudah meninggal dunia, hati saya sebak,” katanya ketika ditemui selepas menerima katil sumbangan Ahli Parlimen Tampin di Rumah Rakyat Repah di sini baru-baru ini.

Hadir sama ketika penyerahan katil itu ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Zaharudin Johan.

Muhammad Osmam membe­ritahu, dia bersyukur apabila ahli keluarga isterinya datang membantu termasuk menyalin lampin pakai buang memandang­kan badan isterinya agak besar serta memerlukan kudrat lebih daripada dua orang untuk menguruskannya.

“Afanisha juga kini hanya bergantung kepada susu khas yang diberikan setiap tiga jam sekali melalui tiub yang dipasang sejak dua minggu lalu,” ujarnya.



Menurutnya, dia terpaksa menggunakan duit simpanannya bagi memenuhi keperluan keluarga dan turut mengambil upah membina rumah jika diperlukan selain bantuan pe­l­bagai pihak serta ahli keluarga.

Disebabkan isterinya sakit serta pandemik Covid-19, Muhammad Osmam masih gagal untuk menguruskan pembedahan anak tunggal mereka, Muhammad Shaziman yang berusia lapan tahun yang juga orang kelainan upaya (OKU) fizikal.

“Usus anak saya berada di luar badan sehingga dia terpaksa memakai bengkung. Sepatutnya anak saya sudah melalui pembedahan menyediakan ruang usus dan menarik usus masuk ke dalam perut dan punggung di Hospital Kuala Lumpur.

“Kos ini biasanya ditanggung kerajaan, namun saya masih belum berpeluang untuk menguruskan anak saya itu,” katanya.



Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam 0502-1020-2586-05 dengan nama Nor Afanisha Mohamad. K Online

Isteri terlantar, anak pula derita sakit usus


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100


Sebaran :

Leave a Reply