Wanita mati lemas kereta masuk parit

Wanita mati lemas kereta masuk parit

Seorang pekerja pusat kecantikan dan kesihatan dipercayai mati lemas manakala rakannya terselamat selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Bandar Bukit Raja, Klang, awal pagi tadi.

Mangsa yang berusia 35 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira jam 2.22 pagi itu.



Ketua Polis Daerah Klang Utara S Vijaya Rao berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika dua rakan yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena dalam perjalanan ke Persiaran Batu Belah dari Lorong Sungai Puloh.

Katanya, kenderaan dipandu lelaki berusia 37 tahun kemudiannya hilang kawalan di laluan selekoh tajam sebelum merempuh pokok.

“Ia terus terbabas ke dalam parit menyebabkan mangsa wanita tersepit. Mangsa berjaya dikeluarkan anggota bomba namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, menurut laporan Kosmo!.

Katanya, mangsa lelaki yang terselamat itu hanya mengalami cedera ringan dan kedua-duanya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk tindakan lanjut



“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Manakala Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 2.23 pagi dan tiba 11 minit kemudian.

“Tugas menyelamat mangsa mengambil masa hampir 30 minit kerana kenderaan tenggelam di dalam parit,” katanya. FMT

Wanita mati lemas kereta masuk parit




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Mak Nubhan Masuk Butik Mewah Buat Ramai Terhibur (Video)

Pas nak lawan UMNO atau PH, tanya Asyraf



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker