PRN Sarawak: SPR bakal umum tarikh penting hari ini

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka umumkan tarikh penting berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak hari ini.

Sidang akhbar oleh pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh akan berlangsung pada jam 11 pagi di sebuah sebuah hotel di Kuching, Sarawak.

SPR akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan PRN Sarawak bermula jam 9 pagi ini.

Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang berkuat kuasa pada 3 November telah memberi laluan kepada berlakunya PRN.

SPR pada 4 November lalu mengumumkan PRN Sarawak akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan untuk pembatalan proklamasi darurat di negeri tersebut. – Awani


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Parti komponen PH tiada nilai, bergantung pada DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker