Khasiat padu ikan siakap terbongkar
Khasiat padu ikan siakap terbongkar
SEJAK awal bulan lalu, nama ikan siakap tiba-tiba popular di laman sosial sehingga menjadi bahan usikan dan jenaka netizen.
Semuanya berpunca apabila seorang pengguna Facebook berkongsi harga bil yang perlu dibayarnya berjumlah RM1,852.50 termasuk dengan harga seekor ikan siakap seberat tujuh kilogram yang berharga RM1,196.
Sejak itu, ikan siakap yang selama ini ‘membisu’ tiba-tiba menjadi kecoh dan disebut-sebut sebagai ‘ikan kayangan’.
Satu persatu jenaka tentang ikan tersebut mula direka netizen sehinggakan tugu berbentuk helang di Dataran Lang di Kuah, Langkawi ditukar menjadi tugu ‘ikan siakap’.
Tetapi tahukah semua bahawa ikan siakap sebenarnya mempunyai khasiat dan kebaikan tersendiri yang tiada pada ikan-ikan jenis lain.
Menurut perkongsian yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ikan siakap mempunyai sehingga lapan jenis khasiat dan kebaikan tersendiri untuk kesihatan tubuh badan manusia.
Antaranya ialah dapat menurunkan hipertensi (tekanan darah tinggi).
Menurut Pakar Dietitian di Hospital Pakar KPJ Damansara, Farah Farhanah Hashim, ikan siakap dapat membantu menurunkan hipertensi kerana kandungan lemak Omega-3 Poly-unsaturated Fatty Acid (PUFA) yang tinggi.
“Ikan siakap merupakan sejenis ikan yang tinggi kandungan lemak baik.
“Antara manfaat ikan siakap ialah dapat menurunkan hipertensi kerana kandungan lemak Omega-3 Poly-unsaturated Fatty Acid (PUFA) yang tinggi iaitu sebanyak 0.93 gram (g) bagi setiap 100g ikan siakap,” jelasnya.
Jelas Farah, pengambilan ikan siakap sebanyak dua hingga tiga kali hidangan seminggu memberi perlindungan kardiovaskular termasuk mencegah masalah keradangan jantung.
“Pengambilan ikan siakap mampu memberikan perlindungan kardiovaskular termasuk mencegah keradangan jantung dan mencegah pembentukan darah beku.
“Selain itu, ikan siakap juga berupaya mencegah ‘abnormalities’ dalam ritma jantung sekali gus membantu menurunkan tekanan darah tinggi,” kata Farah.
Selain itu, terdapat kajian membuktikan pengambilan satu hingga 1.5g PUFA daripada sumber ikan setiap hari selama tiga bulan boleh membantu menurunkan bacaan tekanan darah tinggi.
“Selain susu dan produk tenusu, ikan seperti siakap dan ‘edible’ (tulang ikan yang boleh dimakan) juga mengandungi sumber kalsium yang baik iaitu sebanyak 16.2 miligram (mg) bagi setiap 100g berat ikan siakap.
“Kalsium selalu hanya dipandang daripada sudut menguatkan tulang, tetapi kalsium juga dikenali sebagai unsung hero yang membantu mengepam darah masuk dan keluar daripada jantung,” katanya.
Justeru, kajian pakar mendapati, ikan tergolong sebagai salah satu sumber alternatif yang baik untuk mereka yang tidak gemar meminum susu atau mengambil produk tenusu.
“Segelas susu atau bersamaan dua hingga tiga kilogram ekor ikan siakap menyumbangkan sebanyak 500mg atau separuh daripada keperluan kalsium dalam badan,” ujar Farah.
Selain baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan membekalkan sumber kalsium yang baik, manfaat lain ikan siakap adalah berupaya meningkatkan metabolisme, menurunkan kadar lemak dalam tubuh, mengatasi masalah batu karang dan menjaga. K Online
Khasiat padu ikan siakap terbongkar
Baca Artikel Menarik :
- Najib sindir Mahathir isu tanah Langkawi
- Zuraida kunci mulut mengenai Parti Bangsa Malaysia
- Warga asing dari pekerja jadi tauke padi, beras
- Sah, Tauke Jambu kahwin lain
- Mengapa Zeti, Nor Mohamed tak dipanggil jadi saksi dalam kes SRC?
- Anwar berang dengan rakan sekutu, “jangan angkuh beri pandangan”
- Setahun di balik tirai besi, lelaki sebak disambut rakan saat bebas
- Lebih mudah duduk di blok kerajaan – ADUN Bemban
- Diintai 4 lelaki, bukti Maya Karin masih laku
- Kamu mahu ‘dating’ saya ke? sindir Najib kepada Kit Siang
- Biawak ‘tunjuk’ mayat wanita
Layari Laman Facebook MYKMU
Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh
You must be logged in to post a comment.