Mahu Qatar Lebih Hijau, 3,600 Pokok Dihantar Dari Malaysia

Mahu Qatar Lebih Hijau, 3,600 Pokok Dihantar Dari Malaysia

3,600 pokok gergasi dari Malaysia telah dihantar ke Qatar sebagai sebahagian usaha berterusan syarikat Elegancia Group untuk mempromosikan dan menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau untuk Qatar dan Bumi, lapor Gulf News.

Projek yang kompleks dan mencabar logistik itu memerlukan penggunaan kapal khas untuk mengangkut pokok-pokok dalam pelayaran yang mengambil masa selama dua minggu. Difahamkan bahawa pokok tersebut mempunyai ketinggian sekitar 18m dengan bahagian akarnya dibungkus bersama-sama dengan tanah.

Projek ini melibatkan perancangan dan penyelarasan selama beberapa bulan. Pokok yang datang dalam pelbagai saiz ini memerlukan penyediaan yang rapi sebelum dialihkan bagi mengelak sebarang kerosakan pada akar. Prosedur ini boleh mengambil masa selama 3-4 bulan bagi menggalakkan pokok membina sistem akar baru.

Setelah pokok ini bersedia untuk perjalanan jarak jauh, kapal akan menjalani proses pembersihan dan struktur dipasang untuk menyokong semasa pelayaran. Elegancia juga mengupah syarikat lain bagi projek ini yang ditugaskan untuk menjaga pokok di dalam kapal dan memastikan pengairan mereka sepanjang pelayaran sehingga pemunggahan di Doha. Vc

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Mahu Qatar Lebih Hijau, 3,600 Pokok Dihantar Dari Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker