Shahrir kesiankan Mas Ermieyati

Pemimpin veteran Umno menyifatkan calon ketua menteri PN bagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka, Mas Ermieyati Samsudin tidaklah terlalu hebat apabila tewas di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Tanjong Bidara.

Bekas menteri, Shahrir Samad berkata, dia kasihan dengan nasib yang menimpa Mas Ermieyati itu.

“Turun bertanding DUN Tanjong Bidara walaupun masih pegang jawatan timbalan menteri. Dinobatkan sebagai bakal ketua menteri Melaka kalau menang di kawasan DUN Tanjung Bidara dan PN menang besar PRN Melaka.

“Dia tewas dengan perbezaan undi yang tidak melebihi 1000 (undi) pun. Ralatlah betul.

“Tapi pokoknya, BN menang semua DUN di kawasan parlimennya sendiri. Rupanya, taklah sehebat mana pun,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu Mas Ermieyati yang juga anggota Parlimen Masjid Tanah tewas kepada calon BN, Ab Rauf Yusoh pada PRN Melaka yang berlangsung semalam.

Sebagai rekod, Mas Ermieyati kini merupakan timbalan menteri di jabatan perdana menteri (parlimen dan undang-undang)

Sementara itu tambah Shahrir, Mas Ermieyati bernasib baik kerana boleh meneruskan khidmatnya sebagai timbalan menteri.

“Kasihan betul Mas Ermieyati. Selepas PRU14, dia antara yang terawal melompat keluar dari Umno dan menyertai Bersatu.

“Dari segi moralnya, bagaimana?” soalnya.

Shahrir kesiankan Mas Ermieyati


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rosol Wahid kata PN tidak kalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker