Calon Ketua Menteri Wanita, PAS sentiasa ‘Flip Flop’ – Mat Sabu

PETALING JAYA: Menjelang hari pengundian pilihan raya negeri (PRN) Melaka, Presiden Amanah Mohamad Sabu mengkritik PAS kerana pendirian “berubah-ubah” mengenai pelantikan wanita ke jawatan tertinggi.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, memberi sebagai contoh tindakan parti Islam itu sebelum ini membantah pencalonan Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor, sebaliknya kini menerima pula cadangan Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri wanita mewakili gabungan Perikatan Nasional (PN).

Ketika ceramah perdana PH yang diadakan secara dalam talian, Mat Sabu berkata, pendirian PAS sebelum ini membantah pencalonan Wan Azizah itu menyebabkan Pakatan Rakyat ketika itu melantik Mohammed Azmin Ali bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Ahli Parlimen Kota Raja itu juga bercakap mengenai rasuah dalam kalangan pemimpin politik dan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Pengundi mesti berani membuat perubahan. Langkah Sheraton (yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan PH) adalah satu langkah jahat kerana tidak melalui pilihan raya,” katanya.

PRN Melaka: Peja tetap pertahankan calon Ketua Menteri Wanita walaupun terima bantahan

Beliau juga mendakwa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob adalah pemimpin yang lemah tetapi pembangkang tidak mahu perubahan kerajaan lagi dan kerana itu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).

Beliau dan pemimpin PH lain juga meminta pengundi memilih mereka kerana dua lagi pakatan – PN dan BN sentiasa bertelagah.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa pengundi memilih PH yang dilihat bersatu bagi menjamin kestabilan.

“Kita juga tidak mahu memainkan isu kaum atau agama. Kita mahu membantu semua dengan dasar ekonomi yang betul untuk mengatasi perjuangan ekonomi,” katanya.

Pada masa sama, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa pengundi supaya tidak mengundi pemimpin yang korup atau mereka yang hanya berminat mengisi poket sendiri.

Calon Ketua Menteri Wanita, PAS sentiasa ‘Flip Flop’ – Mat Sabu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker