China kini negara paling kaya di dunia
China kini negara paling kaya di dunia
Washington: China kini menjadi negara paling kaya di dunia mengatasi Amerika Syarikat.
Ia berdasarkan satu laporan penyelidikan terbaharu yang dikeluarkan baru-baru ini.
Penyelidikan yang dilakukan oleh syarikat perunding pengurusan perniagaan, McKinsey & Co itu mendapati anggaran kekayaan China meningkat daripada AS$7 trilion (RM29.27 trilion) pada tahun 2000 kepada AS$120 trilion (RM501.78 trilion) pada tahun 2020.
Data daripada syarikat berkenaan mendedahkan, sejak 20 tahun lalu China mewakili hampir satu pertiga daripada peningkatan kekayaan dunia.
Peningkatan itu mengatasi AS yang mencatatkan nilai kekayaannya meningkat lebih dua kali ganda kepada AS$90 trilion (RM376.43 trilion).
Namun, AS gagal untuk mengatasi China disebabkan tiada lonjakkan harga di pasaran hartanahnya.
Data itu dikumpulkan dari tahun 2000 hingga 2020.
China hanya menjadi anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada tahun 2001, sekali gus menyebabkan lonjakan kekayaannya.
Menurut penyelidikan itu, kekayaan dunia sudah meningkat tiga kali ganda sejak dua dekat lalu dari kira-kira AS$156 trilion (RM652.47 trilion) pada tahun 2000 kepada kira-kira AS$514 trilion (RM2,149 trilion) pada tahun 2020. HM
China kini negara paling kaya di dunia
Baca Artikel Menarik :
- Jawapan kepada tuduhan PAS kepada UMNO
- Pelajar perempuan cedera selepas terjun bangunan sekolah
- Arab Saudi bina kompleks industri terapung terbesar dunia [VIDEO]
- PRN Melaka: BN dijangka menang, vote swing kepada mereka – Ilham Centre
- PRN Melaka: Mas Ermieyati tidak yakin PN menang
- Pilihan pelaburan untuk nikmati pendapatan RM7,000 sebulan
- Roti canai terbang landing atas kepala pelanggan (video)
- PRN Melaka: Sah wujud dua kem dalam Bersatu
- ‘Minta Netizen Jangan Sibuk’, Nampak Macam Baby Shima Bercium Di Kelab Malam [VIDEO]
- Roti Canai Kayu Arang Viral
- Khasiat bunga telang, bukan sembarangan bunga
Layari Laman Facebook MYKMU
Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin