Wajah Iman Troye hiasi New York Times Square

Wajah Iman Troye hiasi New York Times Square

Selepas Yuna dan Layla Sania, penyanyi Iman Troye, 19, mengikut jejak menjadi artis bertudung ketiga dari Malaysia menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS).

Secara keseluruhan bererti sudah empat artis dari Malaysia termasuk kumpulan Dolla yang baru memenangi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 terpilih menjayakan kempen EQUAL yang dikendalikan platform muzik digital, Spotify untuk memupuk ekuiti dan mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.

Melalui kempen EQUAL, 35 senarai main (playlist) tempatan mewakili artis dari lebih 50 negara dikategorikan.

Selain itu, ‘playlist’ mewakili EQUAL Global Terbaik juga dipaparkan mewakili muzik dari artis sejagat.

Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin mewakili penyanyi dari Malaysia dan Singapura.

“Alhamdulillah, saya bersyukur atas penghormatan ini. Ia satu kejayaan besar buat saya yang masih agak hijau dalam industri muzik tempatan.

“Apatah lagi, saya seorang penyanyi wanita yang berhijab. Moga ini akan menjadi penyuntik semangat untuk saya terus berkongsi bakat,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi lagu Teman dan Nang itu berharap, pencapaian itu menjadi aspirasi untuk terus keluar daripada zon selesa.

“Saya harap dapat terus memenuhi harapan peminat yang mempercayai bakat ini.

“Saya berterima kasih atas doa dan sokongan yang tidak pernah padam daripada keluarga, sahabat, rakan media dan peminat,” jelas Iman penuh teruja selepas mendengar khabar ini.

Iman mula mencuri perhatian rakyat Malaysia selepas membuat rakaman lagu saduran artis tempatan, sekali gus menggegar ruang media sosial secara mengejut.

Kemudiannya, Iman mencipta fenomena menerusi single Teman yang sehingga kini meraih 45 juta tontonan dalam laman YouTube.

Lagu hari raya, Pejam Celik Hari Raya juga mendapat tontonan sebanyak 11 juta sejak dilancarkan Aidilfitri lalu.

Berbekalkan suara unik dan penampilan comel, Iman terus mencuri perhatian peminat kini tampil dengan single baharu berjudul Nang yang sudah mencapai lebih dua juta tontonan sejak dilancarkan beberapa minggu lalu. BH

Wajah Iman Troye hiasi New York Times Square


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker