#PRNMelaka : Propaganda Ketua Menteri sementara tidak berjaya

Oleh Wahida

Apabila bahang kemenangan Barisan Nasional semakin ketara dan kempen pilihanraya negeri Melaka semakin menghampiri penghujungnya, ada pihak cuba memainkan isu Dato Seri Sulaiman yang dipilih kepimpinan BN sebagai Ketua Menteri nanti hanyalah bersikap sementara.

Tujuannya jelas, hanya untuk menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong dan jentera Barisan Nasional di Melaka.



Harapan mereka berkecai apabila dengan pantas telah ditegaskan Pengarah Pilihanraya BN Dato Mat Hassan bahawa tiada istilah lantikan Ketua Menteri sementara sebaliknya Datuk Sulaiman telah diputuskan kepimpinan BN/UMNO mentadbir dan mengurus negeri Melaka sehingga penggal ke 15 tamat.

Yang mustahak BN mendapat mandat pada pilihanraya negeri ini dengan majoriti kedudukan kerusi lebih daripada PRU14 lalu. BN berpegang tegas dengan slogan Kestabilan demi Kemakmuran agar Ketua Menteri dapat mentadbir negeri dengan mantap hanya untuk rakyat Melaka dapat menikmati kemakmuran dan keselesaan kehidupan.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mengingatkan rakyat Melaka isu ketua menteri sementara ini hanyalah satu fitnah apabila isu ini sengaja ditimbulkan pihak tertentu termasuk calon pembangkang.

Dato’ Rauf Md Yusoh adalah individu yang dikaitkan sebagai pengganti Datuk Sulaiman. Ia bukan perkara baru tetapi ditimbulkan semula di hari-hari terakhir berkempen ini. Sekali lagi pencipta propaganda jahat ini dikecewakan apabila Dato’ Rauf telah membuat kenyataan terbuka menyokong pilihan kepimpinan BN untuk mengekalkan Datuk Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka nanti.



Baginya, yang lebih penting adalah memastikan BN dapat mengekalkan 13 kerusi DUN dan merampas semula semua kerusi yang kalah di PRU14. Malahan sebagai Ketua BN Melaka, Dato’ Rauf mahu menawan beberapa kerusi lain.

Yang pasti, walaupun Pakatan Harapan telah menamakan Adly sebagai calon Ketua Menteri mereka, namun Idris Haron juga disebut-sebut sebagai pilihan utama PKR. Pemilihan Adly mendapat sokongan DAP dan PAN. Sementera Perikatan Nasional pada awalnya telah kedengaran memilih Mas Ermi tetapi telah menafikannya.

Namun, kedengaran dari sumber-sumber dalaman, Mas Ermi adalah pilihan Muhyiddin manakala Azmin dan Hadi Awang memilih Rafik pula.

Propaganda yang dicipta ini semata-mata untuk menutup kelemahan pergolakan dalaman yang sedang melanda PH dan PN.



Oleh itu, kepada pencipta dan penyebar propaganda yang ingin menganggu-gugat semangat serta mengalihkan fokus berkempen penyokong dan ahli-ahli BN/UMNO khasnya, satu saja pesanan kepada mereka – ANDA GAGAL LAGI!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker