Sanggup buat laporan polis palsu sebab takut bini soal

PETALING JAYA: Seorang pembantu kedai perkakasan direman empat hari kerana membuat laporan palsu kerugian RM2,200 selepas disamun dua lelaki.

Ketua Polis Kemaman, Hanyan Ramlan berkata perintah reman itu dikeluarkan mahkamah terhadap lelaki terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Katanya, saringan ujian air kencing mendapati lelaki itu positif methamphetamine.

“Suspek direman sehingga 18 Sept ini, selain akan dituduh di mahkamah pada tarikh sama,” katanya menurut Sinar Harian.

Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan tindakan seorang lelaki berusia 29 tahun yang berasal dari Pahang membuat laporan disamun dua lelaki dan kerugian RM2,200 berjaya dihidu polis selepas mendapati laporan itu palsu.

Hasil soal siasat mendapati lelaki itu kehabisan gaji dan tidak mampu memberi duit belanja kepada isterinya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker