Ajal ketika cari kayu tiang bendera untuk Hari Malaysia

Ajal ketika cari kayu tiang bendera untuk Hari Malaysia

MUKAH : Lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari kayu di hutan berdekatan Jalan Airport, Tanjung Manis dalam Bahagian Mukah, semalam ditemui meninggal dunia, hari ini.

Difahamkan mangsa, Affendi Morsidi, 55, mencari kayu itu untuk dijadikan tiang pancang bendera bagi memeriahkan sambutan Hari Malaysia.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah, berkata mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira satu kilometer dari jalan utama pada jam 11.40 pagi tadi.

Katanya, pasukan SAR mengangkat mangsa ke pusat kawalan bomba (PKB) dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Operasi SAR hari kedua hari ini bermula jam 8.45 pagi dengan radius pencarian dalam jarak satu kilometer dari PKB.

“Sejurus mangsa disahkan sudah meninggal dunia, mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kehilangan Affendi disedari keluarganya apabila dia tidak balik ke rumah petang semalam.

Mangsa dikatakan keluar rumah dengan menunggang motosikal kira-kira jam 11 pagi semalam untuk pergi ke kawasan hutan di tepi jalan itu.

Keluarganya yang mencarinya hanya menemui motosikal mangsa berada di tepi jalan berdekatan hutan itu.

Bimbang kejadian buruk berlaku, keluarganya membuat laporan di Balai Polis Tanjung Manis pada jam 6.50 petang semalam.

Berikutan itu gerakan SAR diaktifkan pada jam 7.06 malam, namun ditangguhkan pada jam 9.22 malam selepas lelaki itu gagal ditemui.

Gerakan SAR membabitkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis, 11 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 30 penduduk kampung. BH

Ajal ketika cari kayu tiang bendera untuk Hari Malaysia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon wanita kantoi bercium dalam kelab malam

Guru skandal dengan ibu murid sendiri

Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)

Lelaki Iban ‘knock down’ pembuli warga asing (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker