‘Abah Sayang Melaka’ slogan kosong

ALOR SETAR: Pemuda UMNO mempersoalkan kemampuan calon Pakatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berkhidmat sebagai wakil rakyat sedangkan mereka tidak dikenali masyarakat setempat.

Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, pihaknya melahirkan kebimbangan calon berkenaan menghilangkan diri setelah mencapai kemenangan dan gagal berkhidmat sebagai wakil rakyat.

“Sebenarnya hampir kesemua calon PN ditampilkan tidak pun dikenali pengundi setempat. Bagaimana mahu beri khidmat?

“Kita bimbang, selesai menang nanti, terus tinggal tanggungjawab, lari tinggal kawasan, pengundi dibiar terkontang kanting dibelenggu janji penuh manis. Pembangunan terbengkalai, kebajikan rakyat terus terabai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, slogan ‘Abah Sayang Melaka’ hanya untuk tutup kelemahan sebenar PN yang ketandusan pemimpin negeri yang mampu ditonjolkan sebagai Ketua Menteri Melaka.

“Hanya bekas Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin_ yang mampu dimomokkan kepada rakyat Melaka walaupun landasan rekodnya hanyalah 17 bulan mengurung rakyat.

“Ekonomi terhenti. Ramai hilang kerja. Penjaja tertutup periuk nasi. Pandemik Covid-19 gagal ditangani hingga mencapai puluhan kes harian di penghujung riwayat PM abah. Anak anak tak dapat ke sekolah. Mahasiswa terbantut pengajian,” katanya.

Tambahnya, rakyat tidak seharusnya termakan dengan sogokan bantuan RM500 daripada kerajaan PN sebelum ini.

“Kemudian disogok rakyat sekadar nilai RM500. Berbaloikah nilai RM500 yang rakyat marhaen terima? Itukah harga diri kita? Setelah ekonomi dilumpuhkan, kegiatan rakyat terhenti, ramai tertekan bunuh diri, berhutang sana sini, tiba-tiba dibawa slogan ‘Abah Sayang Melaka’,” katanya.

Jelasnya, slogan ‘Abah Sayang Melaka’ itu juga sekadar slogan berdasarkan prestasi PN mentadbir negara sebelum ini.

“Sebenarnya ‘Abah membawa Melaka rebah’. Kita bangun dan mara terus maju bersama kestabilan Barisan Nasional,” katanya.

‘Abah Sayang Melaka’ slogan kosong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: Sah wujud dua kem dalam Bersatu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker