Kopi, teh kurangkan risiko nyanyuk

LONDON – Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS Medicine mendapati bahawa meminum kopi atau teh boleh membantu mengurangkan risiko menjadi nyanyuk dan terkena serangan strok, lapor agensi berita United Press International semalam.

Individu yang meminum dua hingga tiga cawan kopi atau tiga hingga lima cawan teh sehari adalah 20 peratus kurang berisiko untuk terkena serangan strok atau menjadi nyanyuk berbanding mereka yang tidak meminum kedua-dua jenis minuman itu.

Pengambilan kopi sahaja atau dicampurkan dengan teh turut dikaitkan dengan risiko selepas strok yang rendah atau gejala nyanyuk yang berlaku selepas strok sehingga 40 peratus.



“Kajian kami mendapati bahawa pengambilan kopi dan teh yang sederhana dikaitkan dengan kurang berisiko untuk terkena serangan strok dan nyanyuk,” demikian kenyataan ditulis sekumpulan penyelidik dari Universiti Perubatan Tianjin di China.

Penyelidik menambah, pengambilan kedua-dua minuman itu mungkin mempunyai manfaat kesihatan bersama bagi mencegah strok dan nyanyuk. – AGENSI

Kopi, teh kurangkan risiko nyanyuk


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap vs empurau, mana lagi mahal?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker