Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 29

Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 29

Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemukan maut akibat terjatuh dari tingkat 29 ke tingkat lapan sebuah kondominium selepas ditinggalkan bersendirian oleh bapanya, dalam kejadian di Jalan Ipoh, petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 2.41 petang selepas mangsa ditinggalkan tanpa pengawasan dalam keadaan pintu berkunci ketika bapanya keluar membeli barang.



Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai, berkata bapa mangsa yang pulang ke rumah kemudiannya mendapati anaknya telah tiada sebelum mendapatkan bantuan daripada pihak pengurusan untuk mencarinya.

“Bagaimanapun, mangsa ditemukan oleh salah seorang kakitangan pengurusan di kawasan koridor tingkat 8 dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya dalam satu kenyataan, menurut Utusan Malaysia.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati tingkap bilik mangsa telah terbuka dan terdapat satu kerusi di tepinya.

Katanya, bapa mangsa mengesyaki anaknya telah terjatuh dari tingkap rumah mereka.



“Tingkap bilik itu tidak mempunyai jeriji dan siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini.

“Pihak Pengurusan telah menghubungi ambulans dari Hospital Selayang dan kematian mangsa telah disahkan oleh pegawai paramedik yang berada di tempat kejadian,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Polis Sentul menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206,” katanya. FMT



Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 29


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan



Mawar Rashid dilabel materialistik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker