Isu ‘Judi & Arak’, Hadi perli Anwar Ibrahim

Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengenang perjuangan parti itu mengehadkan judi dan jualan arak, termasuk di Kelantan yang dipimpin mereka sekian lama.

Katanya, ketika memulakan di Kelantan pada tahun 1990 ketika pentadbiran allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, mereka tidak mendapat sokongan sepatutnya.

Ini, katanya, termasuk daripada Presiden PKR Anwar Ibrahim yang dirujuknya sebagai “sahabat kami” daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

“Sementelah, menteri kewangan pada waktu itu dipegang oleh Anwar, sahabat kami yang juga bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

“Kedudukannya yang tinggi pada ketika itu dengan jawatan timbalan perdana menteri, tidak bertindak dengan betul bagi membantu kerajaan Kelantan,” katanya.

Menulis di media sosial, Hadi sebaliknya mendakwa mereka telah “dihadiahkan dengan masalah kewangan secara birokrasi oleh kementeriannya”.

Hadi bagaimanapun tidak memperincikan dakwaan berkaitan masalah kewangan itu.

Pada 14 Nov lalu, kerajaan Kedah dilapor mengharamkan kedai nombor ekor dengan tidak memperbaharui lesen perniagaan dan mengehadkan jualan arak daripada dijual secara terbuka.

Ini termasuk kedai-kedai bebas cukai di pulau peranginan terkenal Langkawi.

Muhyiddin jangan lupa, janji manis Manifesto PH ditulis pemimpin Bersatu

Sementara itu, membandingkan kes di Kelantan dan Kedah kini, Hadi berkata PAS tidak lagi berdepan sekatan seperti didakwanya berlaku sebelum ini.

“Kedah Darul Aman tidak lagi mengalami sekatan politik khususnya dari segi kewangan oleh kerajaan pusat sepertimana yang dilakukan oleh menteri kewangan pada zaman itu,” katanya.

Sambil berterima kasih kepada pihak yang menyokong tindakan Kedah, Hadi berkata “PAS tetap mengenang jasa dan tidak lupa terhadap mereka yang tidak berjasa kepada perjuangannya”.

“PAS dapat mengenali sahabat sejati sebenar yang sehidup dan semati,” kata anggota parlimen Marang.

“Bukannya sahabat yang mahu dirinya sahaja yang hidup, tetapi biarkan kawan di sebelahnya mati, demi talian hayatnya yang disambung, walaupun mengorbankan sahabatnya sendiri.”

 

‘Agama lain juga larang judi’

Sementara itu, Hadi turut menyerang pemimpin DAP yang tampil mengkritik langkah Kedah.

“Inilah alasan sama disebutkan apabila kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu memulakan langkah sama suatu ketika dulu.

“Sebaliknya mereka langsung tidak pernah mempeduli hak penganut Islam dan kedudukan Islam yang tinggi dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengharamkan judi sepenuhnya kepada penganut Islam.

“Malah penganut agama lain juga melarang judi dalam agama mereka,” katanya.

Isu ‘Judi & Arak’, Hadi perli Anwar Ibrahim


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker