Kanak-kanak mata juling, ini antara sebabnya
Kanak-kanak mata juling, ini antara sebabnya
Mata juling terjadi apabila kedua-dua belah mata tidak selari dan melihat ke arah yang berlainan. Biasanya keadaan ini dikaitkan dengan faktor keturunan. Tapi juling pada kanak-kanak, kenapa ianya terjadi? Apa faktor sebenarnya?
Menurut American Academy of Ophthalmology, terdapat enam otot yang berfungsi untuk menggerakkan mata, ke atas, ke bawah, ke sisi dan sebagainya. Kebanyakan juling disebabkan oleh kelainan dalam kawalan neuromuskular pada otot-otot ini.
Dipetik dari American Optometric Association, penyebab mata juling pada kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut.
Genetik keluarga
Kanak-kanak cenderung lebih berisiko untuk juling jika mereka dilahirkan dari ibu bapa yang juling atau mempunyai adik-beradik yang meongalami keadaan itu.
Keadaan semasa lahir
Hal ini seperti kanak-kanak yang mempunyai berat badan rendah atau dilahirkan pramatang lebih berisiko untuk juling, terutamanya jika mereka mempunyai retinopati pramatang.
Refraksi mata
Kanak-kanak lebih berisiko untuk mengalami keadaan ini jika mereka mempunyai kelainan refraksi mata yang tidak diperbetulkan. Contoh seperti rabun dekat yang teruk tetapi tidak memakai cermin mata.
Mempunyai keadaan perubatan yang menjejaskan sistem saraf
Tahukah, selain kecacatan kelahiran, keadaan seperti kecederaan otak, penyakit mata tiroid, pengeluaran hormon tiroid yang berlebihan, dan keretakan dinding orbital juga berisiko untuk juling.
Menghidap penyakit mata
Kanak-kanak yang mempunyai keadaan yang menjelaskan penglihatan, seperti katarak, amblyopia, ptosis kelopak mata yang teruk, parut kornea lebih berisiko untuk mengalami juling.
Kanak-kanak mata juling, ini antara sebabnya
Baca Artikel Menarik :
- Lelaki anti Islam dikecam, buat origami pakai helaian al-Quran
- Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati
- Isu ‘rogol’, Fauzi Nawawi bawa diri ke Sabah, nama kena ‘reject’
- Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending?
- Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul
- Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini!
- Anak dedahkan ayah kena HIV kerana tiduri ramai lelaki (Video)
- Rombak kabinet, tukar menteri tidak efisien
- Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan?
- Saya rapat dengan Zul Ariffin – Ruhainies
- Resepi Ayam Goreng Serai Thai
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha
You must be logged in to post a comment.