Trump International Hotel dijual pada harga AS$375 juta

Sebaran :

WASHINGTON – Syarikat hotel keluarga bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjual hak ke atas Trump International Hotel di Washington DC dengan harga AS$375 juta, lapor Sputnik memetik Wall Street Journal.

Merchant Group, syarikat pelaburan yang berpangkalan di Miami CGI itu kini dalam proses mendapat kontrak untuk memperoleh pajakan hotel tersebut, lapor akhbar itu pada Ahad memetik sumber.

Syarikat itu bercadang menyingkirkan nama Trump dan telah mencapai perjanjian dengan Hilton Worldwide Holdings Inc untuk hartanah itu diuruskan Waldorf Astoria daripada kumpulan Hilton.Urus niaga penjualan hotel Trump itu dijangka selesai pada suku pertama 2022. – Bernama

Trump International Hotel dijual pada harga AS$375 juta




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mengejutkan! Skandal pingat Istana England terbongkar!


Sebaran :

Leave a Reply