Sabah, Sarawak dijajah Putrajaya? Jangan ‘bakar api’ – Ongkili

Sabah, Sarawak dijajah Putrajaya? Jangan ‘bakar api’ – Ongkili

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Maximus Ongkili, berkata pemimpin khususnya wakil rakyat Sabah dan Sarawak perlu berhati-hati apabila mengatakan dua negeri itu dijajah Putrajaya.

Katanya, wakil rakyat tidak harus “membakar api” yang tidak sepatutnya timbul, sebaliknya perlu bersama memastikan negara terus berfungsi.

“Beberapa ahli yang berhormat mengatakan, Sabah dan Sarawak dijajah oleh Putrajaya. Saya rasa kata-kata macam ini adalah sesuatu yang kita perlu berhati-hati sebab sebahagian daripada ahli-ahli yang berhormat (blok pembangkang) juga pernah berada dalam kerajaan.

“Bawah kerajaan Keluarga Malaysia, inilah masanya untuk kita membantu negara ini berfungsi, kita jangan ‘membakar api’ yang tidak seharusnya timbul.

“Saya tahu yang berhormat (Ahli Parlimen Sepanggar Azis Jamman) ada hati yang baik tetapi hati-hati bila kita katakan bahawa Putrajaya menguasai Sabah dan Sarawak,” katanya dalam ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.

Ucapan Ahli Parlimen Kota Marudu itu kemudian mendapat reaksi Azis yang mencelah mempersoalkan fungsi dua menteri dari Sabah dan Sarawak dalam kerajaan ketika ini.

“Kita tidak sebut ingin keluar dari Malaysia, apa yang kita sebut, layanan kerajaan persekutuan terhadap Sabah dan Sarawak.

“Perkara ini sudah berlarutan hampir 58 tahun, tapi sekarang apabila menteri yang menjaga hal ehwal Sabah dan Sarawak datang dari Sabah, menteri yang menjaga undang-undang datang dari Sarawak, jadi kalau kita masih lagi menimbulkan isu ini, ketika pemimpin Sabah dan Sarawak sudah berada di sana (dalam kerajaan), kita tidak boleh persalahkan Putrajaya lagi sebab kebodohan kita selaku pemimpin Sabah,” katanya.

Sementara itu, Presiden UPKO yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Madius Tangau turut mempersoalkan ketiadaan bajet untuk mahkamah Sabah dan Sarawak dalam belanjawan diumumkan baru-baru ini.

“Soal bajet mahkamah Sabah dan Sarawak, kita tidak mempunyai bajet, terpaksa mohon kepada Putrajaya, itu apa? itu bukan penjajahan?

“Menteri perlu memperjuangkan agar mahkamah Sabah dan Sarawak diberi bajet dalam bajet tahunan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Beaufort, Azizah Mohd Dun, yang turut mencelah mempersoalkan sama ada Maximus dan Madius yang sebelum ini menjadi sebahagian daripada Kabinet, pernah memperjuangkan isu bajet untuk mahkamah Sabah dan Sarawak atau tidak.

“Dulu yang berhormat menteri dengan yang berhormat Tuaran (Madius) adalah menteri dalam Kabinet Malaysia, adakah diperjuangkan hal ini? (bajet untuk mahkamah Sabah dan Sarawak),” soalnya. FMT

Sabah, Sarawak dijajah Putrajaya? Jangan ‘bakar api’ – Ongkili


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Jika Tak Suka Sangat Pun Berilah Satu ‘HA’ Tanda Hargai Usaha’-Shahrol Shiro

Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker