#PRNMelaka: Kit Siang beri bayangan Muhyiddin akan bertindak terhadap Ismail Sabri
Oleh Wahida
Lim Kit Siang yang terkenal dengan provokasi samada di dalam sidang Dewan Rakyat mahupun di luar. Seorang politikus senior tanahair yang berpengalaman seusia Mahathir dan Ku Li. Baru-baru ini beliau telah melontarkan persoalan – ‘Jika Bersatu kalah teruk dengan UMNO, adakah Muhyiddin masih sokong Ismail?’
Jika Kit Siang tidak menjelaskan mengapa soalan itu dilontarkan pun kita boleh membaca niat di sebaliknya dengan mudah. Ia bukan sekadar satu soalan tetapi satu provokasi kepada kedua-dua Muhyiddin mahupun Ismail Sabri supaya kerajaan yang terbina daripada sokongan campuran blok BN dan PN bakal bergolak.
Kerajaan hari ini terbina di atas prinsip bermain tali. Ia bukan saja berlaku hari ini malahan telah timbul permainan tarik tali sejurus kerajaan Pakatan Harapan tumbang setelah Mahathir meletak jawatan. Kemudian berlakunya Langkah Sheraton yang menyaksikan gabungan daripada BN-PAS-PPBM sebagai parti utama, yang akhirnya dipanggil Perikatan Nasional. Kedudukan sokongan majoriti kerajaan Perikatan Nasional amat tipis dan Muhyiddin telah didesak untuk membuktikan keabsahannya.
18 bulan berlalu, Speaker Dewan Rakyat telah membuktikan yang Perdana Menteri Perikatan Nasional telah hilang sokongan majoriti, maka terbubarlah kerajaan yang dipimpin Muhyiddin dan diganti pula Perdana Menteri baharu dari UMNO iaitu Ismail Sabri, juga dengan majoriti yang tidak kuat.
Lantikan Ismail Sabri sebenarnya diletakkan bersyarat oleh Muhyiddin. Apa juga syarat-syaratnya, yang pasti umum mengetahui kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri sering dilanda dengan ugutan untuk hilang sokongan dari blok Muhyiddin.
Kepada Kit Siang, BN/UMNO telah mengetahui dari awal perkara ini dan UMNO telah membuat kenyataan yang bukan kerajaan baru dikehendaki selepas Pakatan Harapan tumbang tetapi parti terbesar ini memilih agar PRU15 diadakan seberapa segera untuk diserahkan semula mandat kepada rakyat. Kit Siang jangan pula lupa, PH tidak bersetuju mengadakan pilihanraya awal dengan memberi alasan pandemik Covid-19.
Oleh itu, Kit Siang tidak perlu membuat provokasi sedemikian kerana yang bakal rugi adalah PH dan PN kerana BN/UMNO sememangnya ‘ever ready’ untuk PRU15 dan rakyat tidak sabar-sabar menghukum kedua-dua PH dan PN kerana mereka telah ditipu dan dikhianati.
You must be logged in to post a comment.