Pak Lah sihat sedang bercuti bersama keluarga

Pak Lah sihat sedang bercuti bersama keluarga

Bekas Setiausaha Akhbar kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Izad Raya menafikan khabar angin bahawa bekas Perdana Menteri itu meninggal dunia seperti tersebar di media sosial hari ini.

Izad ketika dihubungi Kosmo! menegaskan, khabar angin berkenaan tidak benar kerana Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah kini sedang bercuti bersama keluarganya dalam negara.

“Berita berkenaan adalah palsu (berita kematian Pak Lah) kerana saya sudah semak dengan anaknya bahawa Pak Lah masih sihat.

“Pak Lah kini sedang bercuti bersama keluarganya dalam negara,” katanya apabila diminta mengulas dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 itu meninggal dunia pagi ini.

Terdahulu berita mengenai kematian Pak Lah meninggal dunia terbesar di media sosial sekali gus menimbulkan tanya tanya mengenai status terkini kesihatan bekas Perdana Menteri berkenaan.

Berikutan itu, Izad yang rapat dengan Pak Lah meminta semua pihak supaya tidak menyebarkan khabar angin tidak sahih mengenai keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri itupak tanpa pengesahan daripada ahli keluarga terdekat. K Online

Pak Lah sihat sedang bercuti bersama keluarga


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker