PRN Melaka: Anggota tentera terus bersama BN – Cikgu Ali

Oleh BamJekk

Sempena hari pengundian awal pada esok hari (16 November) bagi pilihanraya negeri (PRN) Melaka yang diadakan akibat penarikkan diri 4 adun yang menyokong kerajaan BN sebelum ini telah menyebabkan PRN terpaksa diadakan.

Dalam pada itu bagi pengundian awal ini, calon BN dari Dun Sungai Udang ingin mengajak dan menyeru seluruh anggota tentera dan keluarga yang boleh mengundi hadir beramai-ramai dan menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat serta warga Malaysia yang diberi hak untuk memilih calon sebagai wakil didalam dewan undangan negeri Melaka.



Cikgu Ali atau Mohamad Ali Mohamad menyeru seluruhnya anggota tentera dam keluarga memberi ruang kepada beliau untuk menabur khidmat bakti di Dun Sungai Udang.

Katanya, saya dalam memikul amanah dan tanggungjawab dari sudut pembelaan dari keluarga-keluarga tentera di kawasan dewan undangan negeri (DUN) Sungai Udang.

‘… saya juga memohon berikan lah ruang waktu ini bagi saya bersama-sama anggota tentera bagi kita sama-sama dapat membina masa depan negara kita terutamanya bagi kestabilan politik demi kemakmuran negara’, – tambahnya.

Hampir 9 ribu orang akan membuang undi dalam proses pengundian awal di dalam kawasan Dun Sungai Udang.



#MelakaMemilih #BNPilihanHati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker