Kumpulan advokasi media bidas PAS kerana buli wartawan

Kumpulan advokasi media bidas PAS kerana buli wartawan

Beberapa kumpulan advokasi media dan ahli politik membidas dua pemimpin PAS, termasuk seorang menteri, kerana bersikap bermusuh terhadap wartawan FMT yang hanya menjalankan tugasnya.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Farah Marshita Abdul Patah berkata, kesatuan itu tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa pemimpin dan ahli politik, seperti kedua-dua individu berkenaan, yang “membuli wartawan ketika menjalankan tugas”.

“Harus diingat tugas wartawan, selain bertanyakan soalan bagi menyalurkan maklumat kepada orang ramai, kami juga mempunyai peranan dalam memastikan berlakunya semak dan imbang dalam pentadbiran negara/negeri/politik,” katanya dalam kenyataan.

FMT sebelum ini melaporkan dua pemimpin PAS, Idris Ahmad dan Awang Hashim, dilihat “mengasak” seorang wartawannya yang menyoal isu penutupan kedai nombor ekor oleh kerajaan pimpinan parti itu di Kedah.

Idris, Naib Presiden PAS dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menyoal sama ada wartawan Minderjeet Kaur boleh menerima jika suaminya “kaki judi”.

Manakala Awang, yang juga Ahli Parlimen Pendang dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, mendesak wartawan berkenaan bertanyakan soalan terbabit dalam Bahasa Malaysia.

Farah berkata, soalan yang diajukan oleh wartawan perlu diterima dengan minda yang terbuka.

“Sekiranya anda gagal menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan, ia memberi maksud bahawa langkah/pelaksanaan yang diambil tidak difikirkan matang-matang,” katanya. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

Kumpulan advokasi media bidas PAS kerana buli wartawan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker