Klip Putera Mateen, Dayang Anisha bertunang tular [VIDEO]

Pasangan Diraja Brunei, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam secara rasmi mengikat tali pertunangan hari ini.

Ia diadakan ketika berlangsungnya Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

Menerusi laman TikTok @annur.gardenia, dia berkongsi beberapa klip video memaparkan suasana sekitar majlis istiadat tersebut.



Dalam majlis itu juga, Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Abdul Rahim mengetuai delegasi Pengantin Diraja Lelaki sambil membawa cenderahati mengikut adat dan tradisi Diraja Brunei.

Turut berkenan berangkat ke istiadat tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik Sultan Hassanal Bolkiah.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan istiadat perkahwinan pasangan diraja itu dijadualkan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.

Bagi acara kemuncak, Majlis Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari dan seterusnya pasangan itu bakal menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.



Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari ini diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada keesokan harinya.

Dalam pada itu, sejak kelmarin lagi, istiadat perkahwinan pasangan diraja tersebut ‘trending’ di media sosial dan rata-rata rakyat Brunei dan Malaysia dilihat tidak sabar menantikan Putera Mateen bersama Dayang Anisha disatukan sebagai suami isteri. – KOSMO! ONLINE

 



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramYoutube, & TikTok

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing



Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)



Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker