Model Dilamar 200 ekor Unta Sebagai Mas Kahwin Tapi Menolak Sebab Tidak Menarik

Model Dilamar 200 ekor Unta Sebagai Mas Kahwin Tapi Menolak Sebab Tidak Menarik

NEW DELHI – Seorang model menolak lamaran seorang lelaki yang mahu memberikannya 200 ekor unta sebagai mas kahwin kerana tidak tahu cara menjaga haiwan itu, lapor laman berita Daily Star semalam.

Ishita Gupta, yang dilamar seorang lelaki yang tidak dikenalinya turut menyifatkan hadiah tersebut sebagai ‘tidak menarik’.



“Saya tidak tahu di mana mahu meletakkan unta-unta itu sekiranya saya menerima mas kahwin berupa 200 ekor unta,” katanya.

Dia yang turut menguruskan operasi penternakan haiwan berkata, meskipun merupakan seorang pencinta haiwan, dia tidak tertarik dengan unta.

“Unta merupakan haiwan yang perlu dijaga dengan teliti dan saya tiada pengalaman,” katanya.

Ishita berkata, dia sering ditawarkan hadiah mahal oleh jejaka-jejaka yang berminat untuk menjadikannya sebagai isteri. – AGENSI

Model Dilamar 200 ekor Unta Sebagai Mas Kahwin Tapi Menolak Sebab Tidak Menarik



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi baharu lebih sporty

Kilang roti penuh najis tikus dan lipas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker