#PRNMELAKA2021 :Tuminah Kadi Bakal Kalahkan Pembelot

Oleh Ustaz Jeff

Barisan Nasional (BN) pertaruhkan Tuminah Kadi untuk melawan Datuk Nor Azman Hassan yang dipecat daripada UMNO setelah terlibat dalam komplot menumbangkan Kerajaan Melaka yang dipimpin Ketua Menteri daripada UMNO Datuk Seri Utama Dr. Haji Sulaiman Md. Ali.

Nor Azman kali ini bertanding menggunakan logo Pakatan Harapan mewakili Parti Amanah Negara (PAN).

Tuminah dan Nor Azman adalah dari cawangan yang sama iaitu dari Cawangan Tanah Merah Jaya yang mana Nor Azman merupakan Ketua Cawangan dan Tuminah merupakan Ketua Wanita Cawangan tersebut sebelum Nor Azman dipecat.

“Memang kami pernah menjadi rakan sepasukan dalam UMNO Cawangan Tanah Merah Jaya, namun saya lebih sayangkan parti daripada pemimpin.
“Pemimpin datang dan pergi tetapi parti kekal sebagai wadah perjuangan.

“Saya memikul tugas memastikan kemenangan UMNO dan BN di kerusi itu walaupun terpaksa menentang bekas pemimpin sendiri,” katanya ketika dihubungi oleh media.

Walaupun beliau bukanlah seorang yang sempurna dari semua segi, beliau yakin dengan semangat setiakawan disamping semangat dan keinginan untuk membantu rakyat, beliau yakin dengan bantuan dan kerjasama daripada seluruh jentera BN daripada semua peringkat khususnya wanita, BN mampu menang kembali di Dun N.12 Pantai Kundor ini.

Beliau berharap para pengundi tidak tersilap membuat percaturan walaupun Nor Azman bekas pimpinan BN tapi sekarang beliau sudah melompat ke PAN antara parti gabungan PH yang mana telah terbukti gagal membela nasib rakyat pasca PRU 14 yang lalu.

Tiada parti lain yang mampu membela nasib rakyat melainkan UMNO dan sekiranya diberikan mandat beliau akan berikan yang terbaik untuk rakyat di Parit Kundor.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker