Mat Maslan jamin Isu tolak calon DUN Bemban, Gadek selesai

AYER KEROH – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan isu penolakan calon oleh akar umbi Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban dan Gadek telah diselesaikan dalam tempoh dua hari selepas penamaan calon.

Beliau berkata, perkara itu selesai setelah beliau menjelaskan kepada jentera mengapa kerusi tersebut diberikan kepada MIC dan MCA.

Justeru Ahmad berkata, beliau meletakkan harapan tinggi melihat BN memenangi kedua-dua kerusi DUN berkenaan.



“Saya berharap kerusi DUN Bemban dan Gasek boleh dimenangi kerana ada usaha supaya dikembalikan kepada UMNO, namun penjelasan kepada jentera telah selesai dibuat.

“Mula-mula itu ada rasa tidak puas hati, tapi rasa tidak puas hati itu tamat dua hari selepas penamaan calon,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Media di Ayer Keroh di sini pada Sabtu.

Dengan Izin Allah BN bangkit, sejarah belum berakhir



Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menyarankan jentera BN agar memanfaatkan secara maksimum medan mesyuarat dan taklimat sebagai platform berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, ini kerana beliau tidak melihat prosedur operasi standard (SOP) akan dilonggarkan sebagaimana yang dirayu oleh semua parti yang bertanding.

“Ada dua kelonggaran iaitu mesyuarat dan taklimat. Boleh diadakan sepanjang kempen. Jadi perbanyakkanlah mesyuarat dan buatlah taklimat pagi, petang dan malam.

Kompaun RM1.1 juta, bukan pengakuan bersalah Ahmad Maslan
“Kita buat apa yang dibenarkan. Jangan kita sentiasa menuding jari, di Dewan Rakyat sendiri saya minta longgarkan SOP kempen.



“Tapi tinggal tujuh hari lagi berkempen, permohonan kita tidak berikan apa-apa perhatian dan kelonggaran,” katanya.

Mat Maslan jamin Isu tolak calon DUN Bemban, Gadek selesai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Muhyiddin jangan lupa, janji manis Manifesto PH ditulis pemimpin Bersatu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker