Kes langgar kanak-kanak, pemandu van ditahan

PETALING JAYA: Polis menahan pemandu van sekolah yang dipercayai melanggar seorang kanak-kanak tujuh tahun sehingga maut di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Azman Shariat dipetik Sinar Harian berkata, wanita tempatan berumur 31 tahun itu ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian kira-kira 12.10 tengah hari itu, mangsa yang baru pulang dari sebuah sekolah kebangsaan dihantar ke tadika berkenaan, sebelum ke Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Semalam, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Md Noor Aehwan Mohammad dipetik Bernama berkata, pemandu terbabit tidak menyedari mangsa yang terakhir turun dari vannya sedang melintas di hadapan van dan melanggarnya hingga parah di bahagian kepala.

Katanya, mangsa dibawa ke unit kecemasan Nilai Medical Centre sebelum disahkan meninggal dunia.

Jenazah mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup yang tular, pemandu van yang menyedari kejadian itu segera memberhentikan kenderaannya dan meminta bantuan pemilik tadika.

Kes langgar kanak-kanak, pemandu van ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Umum calon ketua menteri wanita, Muhyiddin takut penentangan dalaman – Kit Siang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker